21 October 2009

Cukupkah Amalan Aku Di Muka Bumi ini?



sebelum mata terpejam dengan usia yang berganjak 22 tahun bernafas di bumi ini,izinkan diri ini memohon ampun dan maaf kepada teman-teman seperjuangan yang pernah terguris dengan kata-kata saya dan yang pernah bekerja dengan saya samada di dalam program mahupun sebaliknya...jua buat mama papa yang banyak berkorban buat anakmu ini..Alhamdulillah, aku masih bernafas dengan sempurna sehingga detik ini...Jam 12 malam aku menantikan ucapan dari seorang teman akhirnya aku sendiri yang hampa lantas mengalirkan air..Namun kesedihan itu hanya seketika pabila diserikan dengan gurau senda teman-teman yang mengejutkan dengan kek dari secret recipe dan juga kfc..

20 October 2009

Cinta

Daku disisimu di sebuah tempat,
Sehingga daku terlupa waktu berlalu dengan cepat,
Dekatilah dirimu padaku,
Berilah daku menghayatinya bersamamu...

Daku mencabar alam ketika bersamamu
Suarakan kepada dunia bahawa daku mencintaimu
Dan jiwaku bersamamu
Hampirilah dirimu bersamaku
Supaya daku dapat menhayati cintamu

Cintaku padamu umpama bulan dan bintang di waktu malam
Daku resah melebihi khayalku
Dan mengatasi seluruh cabaran manusia
Daku resah sejak menemuimu
Hidupku menjadi indah

~merdukan alunan muzik nie?~
~bagi yang xtahu makna lagu ni,saya dh tlg terjemahkan~

19 October 2009

Stroller Masa Kini


untuk kali keduanya kanak-kanak ribena~zack suka gelar saya sbb dalam keta penuh ribena kot~ buat perangai lagi..saya masih ingat ketika berusia 17 tahun dimana baru saja tamat spm,sempat saya timba pengalaman kerja dekat butik..malam sebelum raya aji kena clearence baju2..tengok troli kosong di sebelah lift..cakap pada jiah"aku nak naik,hang tolak k" maka keja gila pun dilakukan di level dua..kalo sape yang penah g pacific star prade sure akan tahu..keluar jer pintu lift level 2 maka bermula dari situ smpai wbm butik jiah tolak dgn troli..sangat suke!!!kekadang hidup ni xleh la skema sgt..skali skali buat jer benda gile ni tapi awasssssssssss tgk keadaan...kalo pic kat atas saya n geng 4-1-a wat kat kepong..bebudak ni pun terkezut juga bila saya cakap saya nak naik...cuba la bagi yang xpenah naik stroller tue..saya ni dah terlebih kot sbb tue troli pun jadi keja...

15 October 2009

Kemalangan Yang Menimpa


dulu wira ni exciden angkara nur hafiza...skang myvi



andai saya punya kuasa mengedit balik pic sama mcm keta sebenar alangkah baiknya..namun apakan daya...-__-

berita yang baru diterima mengatakan papa terlibat dalam kemalangan..sungguh mendebarkan bila melihat nset yang ada miskol n mesej yang banyak..saya langsung xsedar gara-gara kelalaian saya sendiri utk tukar mode nset selepas kelas ptg td..semalam pun sama..saya tahu panggilan dari insan yang saya nantikan bila nama yang tertera adalah 'withheld'...bagi sesiapa yang pernah dapat kol gini tahu la no tue no ape...namun masa tue nset atas meja std n mode mungkin silent juga sbb sy langsung xmendengarnya...4.55 pagi..bagaimana nk mendengarnya sebab alam saya sudah bertukar...dan paginya bila melihat miskol saya rasa sangat sedih..-__-

~xde mood nk cerita sbb memikirkan family yang ditimpa musibah~

12 October 2009

Lepaskan Tekanan


orang cakap tekanan kalo xdilepaskan pada saluran yang betul akan merosakkan diri sendiri..setakat nangis mungkin time tue jerk!Alhamdulillah dengan meletakkan esemen dalam bilik 24 hours td maka berakhirnya tekanan esemen sem ni....cuma ada satu jer yg harus di print..tp pembentangannya dah settle..nnt la saya akn print..tunggu Prof Abd Rahman ngamuk dulu...^___^


Semalam release tension dengan jenjalan pusing Mesia..planning dari minggu lepas agi...minggu ni baru boley setelah komitmen selesai...sampai Gombak dalm kul 1 lebey pastu menuju ke Mid..dengan harapan citer Cloudy ada..namun xde jg!layan surrogates jerla...kepasla saya dah sesak..disebabkan otak dah penat maka hampir tertido masa tgh tgk...bukan nak tengok sangat tp sekadar menghilangkan bored...macam2 pael manusia saya tgk..ada yang jalan mcm xcukup ruang, ada yang nk didukung dlm mall..ada yang pakai xcukup kain..dalam hati..hurmmm,ape nak jadi??lepas beli barang maka destinasi last menuju ke Uia..dengan harapan nk antar baju mek Busyra..last2 dia xangkat fon..dh tunggu ke tangga beso dah..aduyai!entah kali ke berapa dah xjd kasi..~___~


mujur penyelamat ada..roger fizi maka dalam setengah jam baru sampai..cepatkan???lepas kuar main gate, Bush mesej dy ttido sbb tunggu saya..adus!baik punya dok ada..sejam main dekat tangga mengalahkan orang yg berkonvo tangkap gmbar..lepas tue sempat lagi jalan dekat Damansara..tengok the curve n ikea..nak singgah dirasakan terlalu awal..jam dah 12 lebey..uyooo!mmg ramai...walaupun drive n tgk dari jauh jer,hati puas!sbb rasa tenang menikmati keindahan kota di malam hari^___^


membe saya cakap kite kena g sbb kita kena bajet nk stay kt mana nnt..perancangan awal itu penting...alah, sebenarnya sem depan nk ubah port shopping..keke..tue yg survey tu...asyik lepak Mid,Times n Klcc jer..mcm dh xde tempat lain dah...

10 October 2009

Kisah Lalu

Semasa menunggu lab kosong, aku sempat berbual bersama dua orang rakan lelaki..kebetulan hanya kami bertiga yang sampai dulu sementara menunggu instructor dan rakan-rakan lain berjuang membuka mata untuk sampai...mereka bukan beragama Islam namun itu bukan penghalang untuk kita bersahabat..buku ditangan dipegang kerana menghafal teori dan mata merenung ke atas kononya konsentrasi...rakanku bersuara sedangkan aku jarang berbual dengannya selama ini...

"dulu aku ingat hang dah tunang"
aku jawab
"hah!fakta mana yang ko amik?"
kawan membalas
" masa sem satu ko suka pakai jubah.mature sangat"


Aku terdiam..betul ker?kawan aku yang Islam pulak cakap aku nampak tua pakai jubah...ngok ngek betoi!!aku pun termakan dengan kata-kata dia n malas nk pakai sangat kecuali bermood...Bila difikirkan kembali aku mmg seorang yang suka pakai jubah dari form 1 lagi tapi diselang seli juga dengan baju kurung..kini juga begitu cuma banyak berkurung lagi..bila direnungkan kembali mungkin itu satu teguran..teguran yang membina walaupun rakanku itu beragama kristian...mungkin sekarang dia nampak aku banyak dengan baju kurung..gara-gara aku yang malas..malas bangun awal...bila malas bangun awal aku akan rembat jer baju yang xmemerlukan aku menggosok baju lama-lama...lagipun kelas hanya 2 jam..xde sape yang akan mempedulikan penampilan..ke kelas untuk menuntut ilmu bukannya pertunjukkan fesyen..namun kata-kata dr Fauziah mengenai penampilan bagi pelajar yang sedang membentangkan tugasan kena jaga..mujur turn aku dah lepas..^__^

Bila dr cakap gitu membuatkan aku conpius..perlu ke berhias lebih-lebih?aku tgk dr pun dua kali lima dengan aku jer...baju xde la meghelit..beliau sangat bersederhana...bila tgk penampilan aku xla selekeh sangat...tutup aurat cuma aku xsemacam rakan-rakan lain...tudung bertukar2 fesyen.. dari balung ayam ke ape ntah..^__^kelakar bila dengar kawan lelaki aku sebut tudung balung ayam...tudung ala-ala wardina disebut balung ayam?huh!kureng asam..sejak tue ak pun dh xpenah ikut mana-mana style...itu pertama kali dan terakhir kali..~__~

Tengok membe2 lepas raya ni baju mcm-mcm warna..mmgla!baju aku pun..keke..tapi sejak lepas raya nie ramai yang pandai bergaya....aku?selagi xkoyak mmg aku akan pakai baju...baju dari sem 1 lagi sebab aku akan masuk mesin lepas pakai..sayang dol baju mahal2 masuk mesin..sebab itu lazimnya aku akan tetapkan hari-hari khas sahaja aku akan pakai baju yang jarang-jarang dipakai...ada patut membe aku tegur aku pakai baju raya ke kelas walhal baju tue dh pernah pakai pun..sah!diorang xpernah sedar aku pakai baju baru sebelum ni..~__~

Mungkin aku akan kembali berjubah seperti dulu..Namun sebelum itu, ilmu di dada yang tipis ini harus didalami lagi...Bukan sekadar berjubah di luaran sahaja namun akhlak dan iman yang dijaga dan diperbaiki lagi....Doakan aku..Sekarang baru aku sedar bahawa insan yang aku rasakan terbaik untukku, selalu membimbingku, ilmu agamanya tinggi dariku tetapi bila diuji dia tewas...Doakan moga teman aku sedar sebelum terlambat...Pernah aku mempersoalkan diri aku kenapa aku dijadikan sasaran untuk dipersalahkan dalam isu berkaitan agama...jahil sangatkah aku?teruk sangatkah sikap dan penampilanku?mungkin ya...Berkurung dan berseluar menyebabkan aku dijadikan sasaran kononya jahil...Moga siapa yang berfikiran sebegini bukalah minda...Lihatlah dari aspek yang pelbagai...Aku sedar aku hina tapi jangan labelkan orang lain juga begitu....Mungkin mereka lebih menjaga aurat dariku even berseluar....Mungkin dari sini Allah tunjukkan jalan agar aku bangun sendiri melawan hawa nafsu tanpa mengharapkan bimbingan dari orang lain lagi...Tak mungkin Allah akan menduga hambanya jika hambanya tidak mampu menanggung....Kini aku masih di sini meniti kehidupan demi menggapai redha ilahi....

06 October 2009

Minggu Gila

~minggu ini sangat teruk~saya boleh terlupa buat esemen intervensi en zul!gara-gara minggu lepas ponteng kelas dy sbb pd malamnya terima berita sedih smpai xtido!!paginya selsema n pening..n minggu nie dirangkumkan semua esemn termasuk minggu add course yg sengal wal bentat!

04 October 2009

My Dream




walala...kalo saya dapat keta ni,mmg best giler lah..who knows?my dream come true on de next day pas tenyeh mata..tgk bawah jer!alamak keta dh bertukar lain..

03 October 2009

Panggilan Hangit

kena panggilan hangit!dol yang buat...sangat sakit hati!xpe..minggu depan siapla..aku akan kenakan hang balik dengan projek mega versi baru...^-^

Cry

apabila terlalu berfikir jauh dan tertekan, maka tidak dapat tidak air mata menitis...adakah ini dugaan buat diriku??dalam kesibukan aku sedang menyiapkan tugasan yang harus dibentang kepada pelajar isnin minggu hadapan banyak sumber yang perlu dirujuk bagi memastikan maklumat adalah terkini...maklumat ttg kolej komuniti,politeknik,mqa,ipts dan lain-lain lagi harus saya terangkan kerana ceramah saya akan berfokus kepada hala tuju pendidikan selepas SPM..sangat teruk kerana maklumat yg ada kini sume yg lama...report sesi kaunseling dan dadah tidak ditempuh lagi sedangkan aku mesti menghantarnya hari rabu depan....minggu depan minggu yang sangat memenatkan...aku tidak punyai kekuatan dan motivasi sekarang...bermula dengan minggu nie,dugaan demi dugaan berlaku..dari sudut hati dan fizikal yang sangat berat untuk ditanggung..fizikal memikirkan tekanan di dalam pelajaran dan hati sangat kecewa menantikan sebuah jawapan yang pasti untuk bertahun-tahun lamanya...pada ibu dan temanku sebilik aku hanya mampu mengatakan yang "mama,eja dah penat sangat2 sekarang"penantian selama berbulan-bulan berakhir dengan deraian air mata juga walaupun telah aku cuba menafikan dengan kata-kata yang tegas...kenapa dengan lafaz yang mudah sahaja???pada zahirnya mungkin nampak aku seolah-olah kuat dan tabah melawan pemikiran yang tak rasional..namun hatiku tidak dapat dibohongi lagi...berjumpa dengan sahabatku pada mulanya biasa sahaja namun dalam perjalanan pulang air mata menitis perlahan...rasa kesal membayangi diri kerana sangkalku aku terlalu berkeras dan kasar sepanjang perjalanan pulang ke tanjung malim..takdir menentukan yang aku pulang ke sini berseorangan dan lewat malamnya baru dapat bertolak..tersadai di pacific dari jam 6 ptg sehingga jam 930 malam ternyata menduga diriku...handphone di tangan nak sgt2 mendail namun hati menjawab tiada maknanya lagi....akibatnya hati yang menanggung sakit. berada di tempat yang sangat menyakitkan..ketika melangkah masuk ke pc fair ptg itu,air mata menitis perlahan..aku sudah tidak mempedulikan orang sekeliling kerana aku hanya ingin berjumpa dgn technician ttg permasalahan laptop..kepala sangat terbeban...aku sangat penat memikirkan tentang semua ini...rasa ingin segera keluar dari tempat itu...namun ternyata takdir telah menentukan untuk menguji kekuatan yang aku sendiri tidak mampu tanggung lagi...mujurlah technician itu tidak dijadikan mangsa untuk aku lepaskan kemarahan akibat kesakitan dalam diri yang tersembunyi..kini, mana mungkin aku mampu bersabar,tersenyum dan tabah dalam menjalani hidup dengan semua yang dilalui dengan pelbagai tohmahan dilemparkan sedangkan insan yang aku harapkan untuk membela akan diri hanya mampu berdiam sahaja dan turut menyalahkan lagi...jawapanmu terakhirmu yang sangat menyakitkan kerana aku yang menjadi mangsa akibat kelemahan kamu?aku tahu itu hanya alasan...ini bukan kali pertama kamu menipu...pernahkan kamu memikirkan apa yang berlaku pada diriku selama ini?adakah kamu tahu betapa sakitnya diri ini sedangkan kamu mampu tersenyum gembira meniti hari bahagia?kenapa aku yang kamu pilih untuk disakiti?apa salahku?aku sangat tertekan sekarang di saat menulis kini..kalo eja nak menangis lagi,menangis la sepuasnya sekarang..janganlah ada tangisan lagi selepas ini..cukupla!tapi benarkah kata-kata hati ini moga ianya tangisan terkahir...hanya itu yang bermain di minda sekarang....~laptop dgn tetibe mainkan lagu sahabat sejati di saat aku menulis..ya Allah!

~ternyata benar liriknya menggambarkan rasa di hati sekarang~
kalam ini berbicara
menghurai maksud di jiwa
agar mudah kau mengerti
akan segala yang terjadi
catatan ini meluahkan rasa di hati
moga ketenangan aku perolehi
membantu aku mencapai cita-cita
aku telahpun sedaya
tak melukai hatimu
kasih yang lama terjalin
berderai bagaikan kaca
teman, maafkanlah diriku...
oh Tuhan...
tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini..
teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina
ke akhirnya...

01 October 2009

Lantik 10,000 guru kanan disiplin

PUTRAJAYA - Masalah salah laku pelajar yang semakin meningkat telah mendorong Kementerian Pelajaran mengemukakan cadangan mewujudkan hampir 10,000 jawatan baru iaitu Guru Kanan Disiplin untuk ditugaskan di semua sekolah kebangsaan dan menengah tidak lama lagi.

Selain daripada tugas hakiki mengajar, mereka mempunyai tanggungjawab lain iaitu menjaga disiplin 5.5 juta pelajar di 9,844 buah sekolah kebangsaan dan menengah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong berkata, jawatan baru itu adalah tetap dan guru yang dilantik akan mendapat Elaun Tanggungjawab serta pengurangan waktu mengajar.

Namun jelasnya, jumlah elaun itu belum ditetapkan lagi.

"Guru yang menjawat jawatan itu di sekolah kebangsaan akan mempunyai tangga gaji DG32 manakala kakitangan di sekolah menengah pula DG44,'' jelasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini semalam.

Menurut Ka Siong, guru-guru terpilih juga dikecualikan daripada mengajar pada waktu pertama dan terakhir dalam jadual kelas sesi persekolahan agar mereka dapat memberi fokus terhadap urusan menjaga disiplin.