Tuesday, November 10, 2009

Ada Aku Kesah??


terima kasih dan tahniah kepada pengkomen yang pengecut n kentut tapi tak ngaku...setakat tulis nick tiru ak memang pengecut ar...kalo tak puas hati berdepan la...ha..aku tahu mmg amoi tue cina..ada aku tulis amoi tue india??ko la yang bengong!xpuas hati cakap..tahu la jeles pun..nick amoi tue kengkawan kasi...sebab apa sebab rahsia yang aku anak mix ni mula terbocor masa aku masuk f5..selama ni penat aku jaga sbb aku malu nk ngaku yg aku ni anak mix..pengetahuan agama aku kurang..xmacam kengkawan aku masa dkt maahad time f1,tajwid n bahasa arab semua mantap...dapat pulak belaja kt maahad lagila aku takut...aku kena belajar double dari orang lain..tapi aku bangga dengan mak ayah aku sebab diorang sanggup susah payah sumbat aku masuk maahad agar aku tak ketinggalan dalam ilmu agama...tak lupa juga pada nad yang ajak aku masuk maahad langkawi mlm2 terakhir sebelum kita berangkat...sekarang pun mak aku xkasi sgt aku ckp aku ni anak mix sebab dy takut aku malu...namun kantoi juga dengan si zul bila dy akhirnya bertemu dengan family sebelah mak aku time raya aji...pastu ramai dah yang taw..daripada si topek sampaila kengkawan lain...diorang cakap kenapa nk malu mengaku...awak sepatutnya bangga dibesarkan dalam dua agama yang berlainan...sejak tue aku xkesah la sbb moral support dari kengkawan n orang pun senang nk detect aku fiza mana?fiza amoi....lagipun aku xnah exxpect bnda ni jadi isu...tapi malam ni aku kesabaran dan amukan singa sudah tidak dapat dibendung....kenapa aku marah sgt ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!mungkin terlalu tensen sgt yg xdpt dilepaskan dekat org so aku mengepek dlm belog jerla.........

setahu aku,aku tak kaco priority org lain..aku dh lama xtulis msj dkt shoutbox org..dahtu belog2 yang aku penah tulis dkt shoutbox pun aku ingat..haish!ni mmg melampau...nak kata aku aibkan orang pun tak...selalunya aku ambik tindakan settel personal dengan orang yg aku marah samada ym or msj guna nst....sebelum ni dh la ada ustaz yang mengaibkan aku...dy rasa tindakan dy dh cerdik sangat publish dekat belog sedangkan aku nk settel dengan dy dlm ym..tup tup dy publish dekat belog..ada aku kesah??kenapa ustaz?jeles ker saya pernah ada hubungan dengan kawan ustaz or ustaz yang terasa n jeles sbb saya xmenjawab pertanyaan kenapa pengunjung ustaz makin berkurang...maaf,aku xleh jadi hipokrit untuk ngaku aku baik..post2 aku yg sebelum ni pun aku dh cte ttg sape aku..kisah hidup aku...Mungkin apa yg berlaku ini satu hikmah untuk aku berubah dan lupakan hubungan yang haram itu...Tapi kali nie aku rasa aku kena clearkan nama baik aku dan semua konflik yang timbul....Alhamdulillah kepala otak aku ni masih kuat ingatan terutama bagi sapa yang pernah cari pasal? bila aku xkaco priority orang tapi ada org yang kaco priorty aku ni mula la aku jadi singa..so what??aku rasa mmg salah time la budak yang sengal n bengong ni cr pasal..kan dh kena..dah la aku baru lepas exam paper killer hari ni..dari pagi sampai petang!dengan mata yang terpejam selama 2jam 15 min maka ini menyebabkan aku mula nak bebai!dahla soalan gila gaban punya susah...2jam sengah dengan 12 essey...baru aku sedar yang aku selama ni budak degree counseling bukan spm..selama ni aku ingat aku tokey cafe world...punya nak lawan kak ummi sampai bagi tumpuan gila2..akhirnya aku berjaya potong dy..wee!

back to the story

dah la exam dalam dewan peperiksaan..memangla exam dlm dewan peperiksaan tapi dekat sini pusat exam selalunya taman u or sitc dengan kerusi yang sedap diduduk..aku ni dh la bermasalah dengan tulang belikat n pinggang..dapat pulak kerusi yang rendah dari meja..dua jam sengah macam empat jam..macam nk nangis lagi jawab dalam keadaan tahan sakit dan tak selesa...tolongla faham dengan oku ni..~__~

Sunday, November 8, 2009

Hipokrit

Orang selalu cakap jangan hipokrit..Hipokrit..Hipokrit...Kalo sekadar cakap n tegur aku jangan hipokrit sana,jangan hipokrit sini tapi diri sendiri tue yang hipokrit cmne erk??Patut ker aku bagi penumbuk,penampar or senyum jer?Memang aku kasar tapi bila aku sudah fed up dengan manusia di sekeliling yang suka melabel n ngaku baik dengan aku...

Apa itu masalah?

Kekadang terfikir juga kenapa diri ini selalu bermasalah?Adakah sengaja cari masalah atau mmg masalah itu sendiri menimpa?Yang pasti dengan sekecil2 masalah mampu melumpuhkan seseorang manusia..Tanpa pemikiran yang waras dan rasional pasti kita kalah!

Aku bersyukur kerana aku dipilih untuk menuntut ilmu di salah sebuah institusi agama..Namun begitu aku bukan dalam kalangan budak yang baik dan pandai...Aku juga bukan dalam kalangan pemimpin samada BADAK apatah lagi pengawas...Jika ingin mengetahui aku aktif persatuan apa,carila bahagian merempit or tdow dalam kelas..Yang tue aku mmg aktif..keke!Sebab apa?Mungkin ketika itu aku remaja...Tapi jika pembaca yang membaca di sini menyamakan aku sama seperti filem impak maksima or kl menjerit,aku rasa taraf aku belum mencapainya..Setakat merempit dari Jitra ke As dengan kelajuan 110 tue biasa la..Ditambah pula dengan moto ex5 tanpa break tgn n kaki yang makan maka itu membangkitkan lagi status rempit ak hatta sedara mara aku ada yang marah bila naik motor aku yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan tapak kasut untuk break..Silap hari masuk dalam longkang..

Yang pasti bila aku kenangkan masa lalu aku,aku mampu tersenyum kerana persekitaran mendidik diriku menjadi seorang yang tabah...Jika aku tidak merasai pengalaman sebelum ini,mungkin apa yang berada di persekitaran aku sekarang sudah lama disalah gunakan terutamanya kebebasan..Mungkin aku dulu suka ponteng sekolah..Tetapi ponteng yang bagaimana??Aku suka belajar di rumah dan aku tidak meminati subjek yang memerlukan aku memeras otak untuk menghafal..Aku seorang pelajar yang kalo dalam bahasa Kedah kata buaih!xreti dok diam...Jatuh motor,suka balik awal ikut budak econs sedangkan benda tue harammm bagi budak akaun....Namun kalo bab kena tangkap ponteng aku tak pernah terlibat sebab aku ponteng n std di rumah...Geng pengawas mana-mana yang pernah sebar fitnah kata aku terlibat sendiri fikir...Jangan sedap tabur fitnah...

Kini, bila menjengah usia awal dewasa,aku sedar..Semuanya pengalaman..Aku sudah merasai pahit getir susah payah menjadi pelajar yang malas dan nakal...Apabila menjengah usia dewasa aku sedar hakikat sebenar...Hidup ini baru bermula...Perjalanan dan cabaran ketika dalam remaja itu hanya sedikit jika nak dibandingkan sekarang...Berbekalkan ilmu yang ditimba dahulu menjadi benteng dan pegangan dalam diri untuk menempuh cabaran yang lebih besar....Banyak ilmu yang masih aku perlu dalami..Ilmu agama??Hanya sekadar dihujung kuku..Banyak lagi yang aku harus timba...Jika pembaca di luar sana mengharapkan aku menulis sebagaiman belog2 da'e yang lain,aku sememangnya tidak layak...Jika sekadar seorang guru yang baru mendapatkan degree dalam tangan tapi bersyarah bagaikan seorang ulama,aku cadangkan baik renungkan kembali...Memang menjadi seorang pendakwah itu tidak mengenal usia,namun aku hanya ingin bertanya jika belum pernah berdepan dengan situasi dunia yang sebenar bagaimana kita ingin berdakwah?Ilmu di dada memang harus diamalkan tapi dalam berdakwah kita seharusnya mengenal peredaran arus dunia..Jangan sekadar bercakap dan menghukum...Kenali diri seseorang dan bimbingnya bukan terus menghukumnya!Aku tidak pandai untuk keluarkan sebarang hadith jika berhujah namun aku pernah terbaca sebuah hadith..Jika salah betulkan aku..Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika hanya sekadar bertaqwa kepada Allah siang dan malam tanpa mengerjakan ibadah lain termasuk menuntut ilmu fardu kifayah dia ats muka bumi ini...Aku memang tidak pandai bersyarah..Cuma aku belajar dari kesilapan diri dan persekitaran...Dalam meniti hidup untuk menjadi seorang guru,aku bergaul dengan ramai orang...Dari sini aku belajar bermacam-macam..Kita tidak berhak menghukum seseorang..Mungkin suatu hari nanti belaiu lebih baik dari kita...Sekarang mungkin Allah menduganya namun siapa tahu kemudian hari?Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia saling bantu-membantu tanpa mengira latar belakang dalam membimbingnya ke jalan benar...Cuma realiti yang berlaku dalam hidup aku sekarang, golongan yang kononya mengaku ilmu agama di dada mantap ini tanpa disedari sebenarnya duri dalam daging...Kerana perwatakkan yang gila-gila 45% ini menyebabkan aku sering dipandang sinis..Apatah lagi jika aku berkata-kata...Kononnya siapa aku untuk berhujah dengan seorang ustaz,al-hafiz..Aku xlayak!Ya aku mengaku aku xlayak...Tapi sebagai manusia, aku ingin bertanya, adakah manusia itu berhak menjatuhkan hukuman ke atas manusia lain tanpa mengetahui punca sebenar??Adakah selama-lamanya insan yang jahat itu akan jahat dan adakah selamanya insan yang teguh imannya akan teguh imannnya?Jika ya bagaimana dengan "imanu yazid wa yanqus?"Adakah seorang pelacur itu tidak diterima taubatnya?Bagaimana dengan kisah pelacur dengan seekor anjing?

Tuesday, November 3, 2009

Percutian oversea atas air

Sunday, November 1, 2009

Imtihan

prof akan menghadapi exam esok untuk menyambung pengajian di peringkat seterusnya di UK taon depan..doakan ya!paper agaks ngeri n seram sbb prof byk main...

Wednesday, October 21, 2009

Cukupkah Amalan Aku Di Muka Bumi ini?



sebelum mata terpejam dengan usia yang berganjak 22 tahun bernafas di bumi ini,izinkan diri ini memohon ampun dan maaf kepada teman-teman seperjuangan yang pernah terguris dengan kata-kata saya dan yang pernah bekerja dengan saya samada di dalam program mahupun sebaliknya...jua buat mama papa yang banyak berkorban buat anakmu ini..Alhamdulillah, aku masih bernafas dengan sempurna sehingga detik ini...Jam 12 malam aku menantikan ucapan dari seorang teman akhirnya aku sendiri yang hampa lantas mengalirkan air..Namun kesedihan itu hanya seketika pabila diserikan dengan gurau senda teman-teman yang mengejutkan dengan kek dari secret recipe dan juga kfc..

Tuesday, October 20, 2009

Cinta

Daku disisimu di sebuah tempat,
Sehingga daku terlupa waktu berlalu dengan cepat,
Dekatilah dirimu padaku,
Berilah daku menghayatinya bersamamu...

Daku mencabar alam ketika bersamamu
Suarakan kepada dunia bahawa daku mencintaimu
Dan jiwaku bersamamu
Hampirilah dirimu bersamaku
Supaya daku dapat menhayati cintamu

Cintaku padamu umpama bulan dan bintang di waktu malam
Daku resah melebihi khayalku
Dan mengatasi seluruh cabaran manusia
Daku resah sejak menemuimu
Hidupku menjadi indah

~merdukan alunan muzik nie?~
~bagi yang xtahu makna lagu ni,saya dh tlg terjemahkan~

Monday, October 19, 2009

Stroller Masa Kini


untuk kali keduanya kanak-kanak ribena~zack suka gelar saya sbb dalam keta penuh ribena kot~ buat perangai lagi..saya masih ingat ketika berusia 17 tahun dimana baru saja tamat spm,sempat saya timba pengalaman kerja dekat butik..malam sebelum raya aji kena clearence baju2..tengok troli kosong di sebelah lift..cakap pada jiah"aku nak naik,hang tolak k" maka keja gila pun dilakukan di level dua..kalo sape yang penah g pacific star prade sure akan tahu..keluar jer pintu lift level 2 maka bermula dari situ smpai wbm butik jiah tolak dgn troli..sangat suke!!!kekadang hidup ni xleh la skema sgt..skali skali buat jer benda gile ni tapi awasssssssssss tgk keadaan...kalo pic kat atas saya n geng 4-1-a wat kat kepong..bebudak ni pun terkezut juga bila saya cakap saya nak naik...cuba la bagi yang xpenah naik stroller tue..saya ni dah terlebih kot sbb tue troli pun jadi keja...