08 November 2009

Apa itu masalah?

Kekadang terfikir juga kenapa diri ini selalu bermasalah?Adakah sengaja cari masalah atau mmg masalah itu sendiri menimpa?Yang pasti dengan sekecil2 masalah mampu melumpuhkan seseorang manusia..Tanpa pemikiran yang waras dan rasional pasti kita kalah!

Aku bersyukur kerana aku dipilih untuk menuntut ilmu di salah sebuah institusi agama..Namun begitu aku bukan dalam kalangan budak yang baik dan pandai...Aku juga bukan dalam kalangan pemimpin samada BADAK apatah lagi pengawas...Jika ingin mengetahui aku aktif persatuan apa,carila bahagian merempit or tdow dalam kelas..Yang tue aku mmg aktif..keke!Sebab apa?Mungkin ketika itu aku remaja...Tapi jika pembaca yang membaca di sini menyamakan aku sama seperti filem impak maksima or kl menjerit,aku rasa taraf aku belum mencapainya..Setakat merempit dari Jitra ke As dengan kelajuan 110 tue biasa la..Ditambah pula dengan moto ex5 tanpa break tgn n kaki yang makan maka itu membangkitkan lagi status rempit ak hatta sedara mara aku ada yang marah bila naik motor aku yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan tapak kasut untuk break..Silap hari masuk dalam longkang..

Yang pasti bila aku kenangkan masa lalu aku,aku mampu tersenyum kerana persekitaran mendidik diriku menjadi seorang yang tabah...Jika aku tidak merasai pengalaman sebelum ini,mungkin apa yang berada di persekitaran aku sekarang sudah lama disalah gunakan terutamanya kebebasan..Mungkin aku dulu suka ponteng sekolah..Tetapi ponteng yang bagaimana??Aku suka belajar di rumah dan aku tidak meminati subjek yang memerlukan aku memeras otak untuk menghafal..Aku seorang pelajar yang kalo dalam bahasa Kedah kata buaih!xreti dok diam...Jatuh motor,suka balik awal ikut budak econs sedangkan benda tue harammm bagi budak akaun....Namun kalo bab kena tangkap ponteng aku tak pernah terlibat sebab aku ponteng n std di rumah...Geng pengawas mana-mana yang pernah sebar fitnah kata aku terlibat sendiri fikir...Jangan sedap tabur fitnah...

Kini, bila menjengah usia awal dewasa,aku sedar..Semuanya pengalaman..Aku sudah merasai pahit getir susah payah menjadi pelajar yang malas dan nakal...Apabila menjengah usia dewasa aku sedar hakikat sebenar...Hidup ini baru bermula...Perjalanan dan cabaran ketika dalam remaja itu hanya sedikit jika nak dibandingkan sekarang...Berbekalkan ilmu yang ditimba dahulu menjadi benteng dan pegangan dalam diri untuk menempuh cabaran yang lebih besar....Banyak ilmu yang masih aku perlu dalami..Ilmu agama??Hanya sekadar dihujung kuku..Banyak lagi yang aku harus timba...Jika pembaca di luar sana mengharapkan aku menulis sebagaiman belog2 da'e yang lain,aku sememangnya tidak layak...Jika sekadar seorang guru yang baru mendapatkan degree dalam tangan tapi bersyarah bagaikan seorang ulama,aku cadangkan baik renungkan kembali...Memang menjadi seorang pendakwah itu tidak mengenal usia,namun aku hanya ingin bertanya jika belum pernah berdepan dengan situasi dunia yang sebenar bagaimana kita ingin berdakwah?Ilmu di dada memang harus diamalkan tapi dalam berdakwah kita seharusnya mengenal peredaran arus dunia..Jangan sekadar bercakap dan menghukum...Kenali diri seseorang dan bimbingnya bukan terus menghukumnya!Aku tidak pandai untuk keluarkan sebarang hadith jika berhujah namun aku pernah terbaca sebuah hadith..Jika salah betulkan aku..Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika hanya sekadar bertaqwa kepada Allah siang dan malam tanpa mengerjakan ibadah lain termasuk menuntut ilmu fardu kifayah dia ats muka bumi ini...Aku memang tidak pandai bersyarah..Cuma aku belajar dari kesilapan diri dan persekitaran...Dalam meniti hidup untuk menjadi seorang guru,aku bergaul dengan ramai orang...Dari sini aku belajar bermacam-macam..Kita tidak berhak menghukum seseorang..Mungkin suatu hari nanti belaiu lebih baik dari kita...Sekarang mungkin Allah menduganya namun siapa tahu kemudian hari?Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia saling bantu-membantu tanpa mengira latar belakang dalam membimbingnya ke jalan benar...Cuma realiti yang berlaku dalam hidup aku sekarang, golongan yang kononya mengaku ilmu agama di dada mantap ini tanpa disedari sebenarnya duri dalam daging...Kerana perwatakkan yang gila-gila 45% ini menyebabkan aku sering dipandang sinis..Apatah lagi jika aku berkata-kata...Kononnya siapa aku untuk berhujah dengan seorang ustaz,al-hafiz..Aku xlayak!Ya aku mengaku aku xlayak...Tapi sebagai manusia, aku ingin bertanya, adakah manusia itu berhak menjatuhkan hukuman ke atas manusia lain tanpa mengetahui punca sebenar??Adakah selama-lamanya insan yang jahat itu akan jahat dan adakah selamanya insan yang teguh imannya akan teguh imannnya?Jika ya bagaimana dengan "imanu yazid wa yanqus?"Adakah seorang pelacur itu tidak diterima taubatnya?Bagaimana dengan kisah pelacur dengan seekor anjing?

01 November 2009

Imtihan

prof akan menghadapi exam esok untuk menyambung pengajian di peringkat seterusnya di UK taon depan..doakan ya!paper agaks ngeri n seram sbb prof byk main...

21 October 2009

Cukupkah Amalan Aku Di Muka Bumi ini?



sebelum mata terpejam dengan usia yang berganjak 22 tahun bernafas di bumi ini,izinkan diri ini memohon ampun dan maaf kepada teman-teman seperjuangan yang pernah terguris dengan kata-kata saya dan yang pernah bekerja dengan saya samada di dalam program mahupun sebaliknya...jua buat mama papa yang banyak berkorban buat anakmu ini..Alhamdulillah, aku masih bernafas dengan sempurna sehingga detik ini...Jam 12 malam aku menantikan ucapan dari seorang teman akhirnya aku sendiri yang hampa lantas mengalirkan air..Namun kesedihan itu hanya seketika pabila diserikan dengan gurau senda teman-teman yang mengejutkan dengan kek dari secret recipe dan juga kfc..

20 October 2009

Cinta

Daku disisimu di sebuah tempat,
Sehingga daku terlupa waktu berlalu dengan cepat,
Dekatilah dirimu padaku,
Berilah daku menghayatinya bersamamu...

Daku mencabar alam ketika bersamamu
Suarakan kepada dunia bahawa daku mencintaimu
Dan jiwaku bersamamu
Hampirilah dirimu bersamaku
Supaya daku dapat menhayati cintamu

Cintaku padamu umpama bulan dan bintang di waktu malam
Daku resah melebihi khayalku
Dan mengatasi seluruh cabaran manusia
Daku resah sejak menemuimu
Hidupku menjadi indah

~merdukan alunan muzik nie?~
~bagi yang xtahu makna lagu ni,saya dh tlg terjemahkan~

19 October 2009

Stroller Masa Kini


untuk kali keduanya kanak-kanak ribena~zack suka gelar saya sbb dalam keta penuh ribena kot~ buat perangai lagi..saya masih ingat ketika berusia 17 tahun dimana baru saja tamat spm,sempat saya timba pengalaman kerja dekat butik..malam sebelum raya aji kena clearence baju2..tengok troli kosong di sebelah lift..cakap pada jiah"aku nak naik,hang tolak k" maka keja gila pun dilakukan di level dua..kalo sape yang penah g pacific star prade sure akan tahu..keluar jer pintu lift level 2 maka bermula dari situ smpai wbm butik jiah tolak dgn troli..sangat suke!!!kekadang hidup ni xleh la skema sgt..skali skali buat jer benda gile ni tapi awasssssssssss tgk keadaan...kalo pic kat atas saya n geng 4-1-a wat kat kepong..bebudak ni pun terkezut juga bila saya cakap saya nak naik...cuba la bagi yang xpenah naik stroller tue..saya ni dah terlebih kot sbb tue troli pun jadi keja...

15 October 2009

Kemalangan Yang Menimpa


dulu wira ni exciden angkara nur hafiza...skang myvi



andai saya punya kuasa mengedit balik pic sama mcm keta sebenar alangkah baiknya..namun apakan daya...-__-

berita yang baru diterima mengatakan papa terlibat dalam kemalangan..sungguh mendebarkan bila melihat nset yang ada miskol n mesej yang banyak..saya langsung xsedar gara-gara kelalaian saya sendiri utk tukar mode nset selepas kelas ptg td..semalam pun sama..saya tahu panggilan dari insan yang saya nantikan bila nama yang tertera adalah 'withheld'...bagi sesiapa yang pernah dapat kol gini tahu la no tue no ape...namun masa tue nset atas meja std n mode mungkin silent juga sbb sy langsung xmendengarnya...4.55 pagi..bagaimana nk mendengarnya sebab alam saya sudah bertukar...dan paginya bila melihat miskol saya rasa sangat sedih..-__-

~xde mood nk cerita sbb memikirkan family yang ditimpa musibah~

12 October 2009

Lepaskan Tekanan


orang cakap tekanan kalo xdilepaskan pada saluran yang betul akan merosakkan diri sendiri..setakat nangis mungkin time tue jerk!Alhamdulillah dengan meletakkan esemen dalam bilik 24 hours td maka berakhirnya tekanan esemen sem ni....cuma ada satu jer yg harus di print..tp pembentangannya dah settle..nnt la saya akn print..tunggu Prof Abd Rahman ngamuk dulu...^___^


Semalam release tension dengan jenjalan pusing Mesia..planning dari minggu lepas agi...minggu ni baru boley setelah komitmen selesai...sampai Gombak dalm kul 1 lebey pastu menuju ke Mid..dengan harapan citer Cloudy ada..namun xde jg!layan surrogates jerla...kepasla saya dah sesak..disebabkan otak dah penat maka hampir tertido masa tgh tgk...bukan nak tengok sangat tp sekadar menghilangkan bored...macam2 pael manusia saya tgk..ada yang jalan mcm xcukup ruang, ada yang nk didukung dlm mall..ada yang pakai xcukup kain..dalam hati..hurmmm,ape nak jadi??lepas beli barang maka destinasi last menuju ke Uia..dengan harapan nk antar baju mek Busyra..last2 dia xangkat fon..dh tunggu ke tangga beso dah..aduyai!entah kali ke berapa dah xjd kasi..~___~


mujur penyelamat ada..roger fizi maka dalam setengah jam baru sampai..cepatkan???lepas kuar main gate, Bush mesej dy ttido sbb tunggu saya..adus!baik punya dok ada..sejam main dekat tangga mengalahkan orang yg berkonvo tangkap gmbar..lepas tue sempat lagi jalan dekat Damansara..tengok the curve n ikea..nak singgah dirasakan terlalu awal..jam dah 12 lebey..uyooo!mmg ramai...walaupun drive n tgk dari jauh jer,hati puas!sbb rasa tenang menikmati keindahan kota di malam hari^___^


membe saya cakap kite kena g sbb kita kena bajet nk stay kt mana nnt..perancangan awal itu penting...alah, sebenarnya sem depan nk ubah port shopping..keke..tue yg survey tu...asyik lepak Mid,Times n Klcc jer..mcm dh xde tempat lain dah...