08 November 2009

Apa itu masalah?

Kekadang terfikir juga kenapa diri ini selalu bermasalah?Adakah sengaja cari masalah atau mmg masalah itu sendiri menimpa?Yang pasti dengan sekecil2 masalah mampu melumpuhkan seseorang manusia..Tanpa pemikiran yang waras dan rasional pasti kita kalah!

Aku bersyukur kerana aku dipilih untuk menuntut ilmu di salah sebuah institusi agama..Namun begitu aku bukan dalam kalangan budak yang baik dan pandai...Aku juga bukan dalam kalangan pemimpin samada BADAK apatah lagi pengawas...Jika ingin mengetahui aku aktif persatuan apa,carila bahagian merempit or tdow dalam kelas..Yang tue aku mmg aktif..keke!Sebab apa?Mungkin ketika itu aku remaja...Tapi jika pembaca yang membaca di sini menyamakan aku sama seperti filem impak maksima or kl menjerit,aku rasa taraf aku belum mencapainya..Setakat merempit dari Jitra ke As dengan kelajuan 110 tue biasa la..Ditambah pula dengan moto ex5 tanpa break tgn n kaki yang makan maka itu membangkitkan lagi status rempit ak hatta sedara mara aku ada yang marah bila naik motor aku yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan tapak kasut untuk break..Silap hari masuk dalam longkang..

Yang pasti bila aku kenangkan masa lalu aku,aku mampu tersenyum kerana persekitaran mendidik diriku menjadi seorang yang tabah...Jika aku tidak merasai pengalaman sebelum ini,mungkin apa yang berada di persekitaran aku sekarang sudah lama disalah gunakan terutamanya kebebasan..Mungkin aku dulu suka ponteng sekolah..Tetapi ponteng yang bagaimana??Aku suka belajar di rumah dan aku tidak meminati subjek yang memerlukan aku memeras otak untuk menghafal..Aku seorang pelajar yang kalo dalam bahasa Kedah kata buaih!xreti dok diam...Jatuh motor,suka balik awal ikut budak econs sedangkan benda tue harammm bagi budak akaun....Namun kalo bab kena tangkap ponteng aku tak pernah terlibat sebab aku ponteng n std di rumah...Geng pengawas mana-mana yang pernah sebar fitnah kata aku terlibat sendiri fikir...Jangan sedap tabur fitnah...

Kini, bila menjengah usia awal dewasa,aku sedar..Semuanya pengalaman..Aku sudah merasai pahit getir susah payah menjadi pelajar yang malas dan nakal...Apabila menjengah usia dewasa aku sedar hakikat sebenar...Hidup ini baru bermula...Perjalanan dan cabaran ketika dalam remaja itu hanya sedikit jika nak dibandingkan sekarang...Berbekalkan ilmu yang ditimba dahulu menjadi benteng dan pegangan dalam diri untuk menempuh cabaran yang lebih besar....Banyak ilmu yang masih aku perlu dalami..Ilmu agama??Hanya sekadar dihujung kuku..Banyak lagi yang aku harus timba...Jika pembaca di luar sana mengharapkan aku menulis sebagaiman belog2 da'e yang lain,aku sememangnya tidak layak...Jika sekadar seorang guru yang baru mendapatkan degree dalam tangan tapi bersyarah bagaikan seorang ulama,aku cadangkan baik renungkan kembali...Memang menjadi seorang pendakwah itu tidak mengenal usia,namun aku hanya ingin bertanya jika belum pernah berdepan dengan situasi dunia yang sebenar bagaimana kita ingin berdakwah?Ilmu di dada memang harus diamalkan tapi dalam berdakwah kita seharusnya mengenal peredaran arus dunia..Jangan sekadar bercakap dan menghukum...Kenali diri seseorang dan bimbingnya bukan terus menghukumnya!Aku tidak pandai untuk keluarkan sebarang hadith jika berhujah namun aku pernah terbaca sebuah hadith..Jika salah betulkan aku..Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika hanya sekadar bertaqwa kepada Allah siang dan malam tanpa mengerjakan ibadah lain termasuk menuntut ilmu fardu kifayah dia ats muka bumi ini...Aku memang tidak pandai bersyarah..Cuma aku belajar dari kesilapan diri dan persekitaran...Dalam meniti hidup untuk menjadi seorang guru,aku bergaul dengan ramai orang...Dari sini aku belajar bermacam-macam..Kita tidak berhak menghukum seseorang..Mungkin suatu hari nanti belaiu lebih baik dari kita...Sekarang mungkin Allah menduganya namun siapa tahu kemudian hari?Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia saling bantu-membantu tanpa mengira latar belakang dalam membimbingnya ke jalan benar...Cuma realiti yang berlaku dalam hidup aku sekarang, golongan yang kononya mengaku ilmu agama di dada mantap ini tanpa disedari sebenarnya duri dalam daging...Kerana perwatakkan yang gila-gila 45% ini menyebabkan aku sering dipandang sinis..Apatah lagi jika aku berkata-kata...Kononnya siapa aku untuk berhujah dengan seorang ustaz,al-hafiz..Aku xlayak!Ya aku mengaku aku xlayak...Tapi sebagai manusia, aku ingin bertanya, adakah manusia itu berhak menjatuhkan hukuman ke atas manusia lain tanpa mengetahui punca sebenar??Adakah selama-lamanya insan yang jahat itu akan jahat dan adakah selamanya insan yang teguh imannya akan teguh imannnya?Jika ya bagaimana dengan "imanu yazid wa yanqus?"Adakah seorang pelacur itu tidak diterima taubatnya?Bagaimana dengan kisah pelacur dengan seekor anjing?

No comments: