29 January 2010

Ketenangan

akhirnya,inteam berjaya merebut hati saya kembali dengan album mereka Allahu Rabbi..Hamzah Asadullah sgt menyentuh hati walaupun pada zahirnya saya nie agak rock..(betul!xtipu aih)mmg saya suka layan byk lagu Lenka n Minah Salleh lain sbb nak hilang tension namun bila mendengarkan lagu Hamzah Asadullah nie buat hati saya tersentuh..Redha dan Kepastian sudah lama merebut hati saya kerana liriknya banyak mengajar saya menjadi insan yg kuat dan tabah...saya mmg minat dengan sejarah Islam dan suka bercerita kalo sape nak tahu n dgr citer saya boleh roger k..tapi kalo sej eropah saya la yg mengantuk dulu sbb mmg xminat pun...bila baca sej masjid al-aqsa td membuatkan hati teruja lagi nak tahu perkembangan sekarang...melihat manusia zaman skrg nie, mengaku saja sebagai Islam tapi sejarah Islam sgt cetek pengetahuannya..Hamzah,masa kecik2 dulu ustaz selalu citer yg hati dan jantung dy kena makan oleh Hindun bkn Honda(trus saya terfikir yg hindun ni xmuntah ker dy mkn?)saya ni yg termakan hati ayam pun dah muntah..bau pun dah xleh dekat...mungkin selepas ini saya akan sedaya upaya mendalami byk lagi sirah2..teringat komen kelmarin dlm kertas bertuli dgn pen merah seolah2 mcm nk mengancam...penyampaian ceramah saya bermula dengan sepotong ayat al-quran surah Ibrahim..komen tue ckp saya terlalu menekankan agama Islam dalam memberi ceramah...saya kena memikirkan agama lain juga..teguran buat saya...namun saya bukan seorang yang baik untuk menerangkan dan menghubungkaitkan dua agama dalam satu masa tanpa mendalami ilmu yg mendalam..slide tue saya gabung dari pelbagai unsur..agama dan realiti kehidupan...mungkin di masa hadapan saya akan cuba mempelajarinya dan memberi ceramah di hadapan ribuan umat Islam dan Kristian?Ya Allah,berikan kekuatan dan ilmu yang berkat di dalam ak mendalami ajaranMu...

Yahudi Laknatullah


MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.


Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.


Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M. Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.


Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin. Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya. Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984. Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi. Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu. Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.


Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid. Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel. Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa. Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis. Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa. Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.


Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam. Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel. Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa. Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi. Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967. Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi. Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat. Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad. Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid. Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam. Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya. Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid. “Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan. Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat. Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel. Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu. Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera. JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein. Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.” Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

28 January 2010

New Things I Need To Learn

Alhamdulillah pmbentangan selesai..pelbagai komen diterima namun semuanya membina!syukran jazilan buat semua rakan-rakan yg mendoakan dan menegur atas kelemahan diri...menarik sgt komen n semuanya berfokuskan kepada dua perkara...smile n my voice...nak kena masuk kelas vokal agar perlahankan volume suara saya..pengisian slide alhamdulillah semuanya ckp ok...ada yg ckp saya melalut??maybe kot kalo gelabah sgt...mmg gelabah pun td..entahla kenapa...hahaha..ada yg ckp suara tue buat pelajar takut n ada ckp suara kuat tue tanda saya takut..a little bit confuse...yg penting saya tahu kelemahan saya dan insyaAllah sedaya upaya akan slowkan suara...smile??yup!i know itu sdekah namun tahla...mcm ada urat tegang yg buat saya sukar nk senyum..i'm really sorry..but i'll learn to do it..thanks a lot...mmasa buka komen tue takut jg2..namun semua komen yg saya terima membuatkan saya lega...

27 January 2010

Dugaan Menjadi Pelajar

di saat aku sedang menulis,terasa ingin menghamburkan air mata..ternyata hari ini sgt mencabar dan memenatkan...mungkin kesalahan diri sendiri kerana semalam tido lewat disebabkan pulang lewat malam setelah mencari barang di kl..lepas lab td,ak pulang..perut yg xdiisi menjadi kesalahan sendiri kerana ini yg membuatkan ak lg letih semasa lab n selepasnya..dpat pulak berita yg hari sabtu nie ada seminar kaunseling kelompok..sedangkan aku sudah beriya mahu pulang ke rumah nk jumpa mama..redha jerla...pulang ke rumah dlm keadaan yg sgt penat..setelah melelapkan mata 1min,nset berbunyi..tgk2 kaunselor agama tinggi kkb kol mengatakan pengetua nk jumpa...aku langsung xmempersiapkan minda untuk membentangkan kertas kerja...lantas bangun solat n minta diberi kekuatan dan ketenangan kerana minda sgt penat...sampai sekolah dlm jam 3 petang..akhirnya kami diberi kebenaran untuk menjalankan program...Alhamdulillah syukur!kenapa hati ini sedih dan sayu??aku sendiri buntu..air mata berlinangan juga kerana aku sgt letih memikirkan esoknya ada exam dan aku harus memberi ceramah motivasi pada sebelah petangnya...mampukah aku buat yg terbaik dlm diri yg sgt xbermaya???


~aku yang salah~

walaupun tiada matlamat kenapa aku g kl namun sedikit lega kerana benda2 yang nk dibeli semua sudah dapat..bermula dgn sweater disebabkan tulang reput xtahan air cond n pendrive..buat pertama kali pendrive aku rosak..pendrive yg menjadi sej yg pernah hilang selama 2bulan akhirnya dijumpai sehinggalah rosak...bayangkan gerak dari uma pukul 530 smp dlm 630 dkt sogo n den dlm ku 9 ke low yat!mujurla jln nk ke low yat xjem..kalo xmau tension juga drive dlm keadaan jem!masuk dlm low yat,escelator itu aku langkah 2 anak tangga sekaligus naik ke tingkat 4..mungkin habit nk beli pendrive dkt lowyat juga sedangkan tgh harinya dh ke kedai komputer dkt kampus cr vakum laptop n pelapik keyboard..akibatnya hari ini aku sgt letih kerana rehat yg tidak cukup dan aku sendiri menangis disebabkan seharian tidak rehat!

26 January 2010

Nak Balik Kedah!

minggu ni nak balik rumah!sudah rindu sama mama papa n lulah gigi buruk!walaupun nnt raya cina nk balik lagi tp mcm biasa la..perangai saya ni teruk sket..rasa rindu dekat uma jer trus start keta balik..my mom plak xpernah marah malah lagi suka..yerla!dr saya merayap ke tempat lain dy lebih suka saya balik..anak mak la katakan..

berat bdn bertambah!owh!tidak.........................diet2

24 January 2010

Tekanan + Stress


nama dy sakinah..ak br sempat bergambar dgn dy..malas nk edit ke bawah..
baca jerla..kalo xphm pun buat2 paham la sbb dah tunggang langgang dah ak susun


minggu nie essemen berlungguk!i'm really tertekan..paling tension bila nset makan tar gara2 kuar dari keta xingat nset atas riba...mana nk cr sek utk prog...pengalam saya berganda2 bertambah bila berhadapan dgn pengetua sek bestari,kluster n mcm2..takat kena defend modul tue biasa la..kita yg xbyk pengalamn nk lawan dgn guru yg berpuluh tahun jadi guru..kena bijak la mengambil hati...betul ckp kak ummi yg pengalaman kena banyak kalo nk jadi kaunselor..tp fiza ni pengalaman berjalan banyakla..heheh....saya pelik kenapa org suka buat prog..ingat mudah nk buat prog kalo main hentam badak jer buat..modul kena mantop...silap2 mau rosak peserta kalo xbuat binding balik lps prog..asyik buat muhasabah...adakah satu kepuasan bg fc bila tgk peserta nangis??kdg2 saya lebih suka cara yg biasa namun kesan yg mendalam..cara biasa macam mana??rahsia..kekeke


awek tarzan namanya jane..
degil orangnya..suka ikut kepala sendiri dlm pape hal..xsuka org lambat tp dy lambat xpa..xsuka main nset dh n kalo org kol akn sedaya upaya xangkat..sedang sibuk menyiapkan li sebelum berangkat ke UK tahun depan..

makcik tarzan nama dia mak biahNOOR

nie la roomate ak..nama dy sama dgn ak cuma tambah wan di depan..ak suka panggil dia bik n dy suka panggil ak bik..ak suka panggil dy makcik n dy suka panggil ak makcik..still single but not available..dy ada satu tabiat yg ak sorang jer dapat tahan layan tabiat buruk dy walaupun ak ngeri..huh!


anak tarzan n mak tarzan

anak tarzan nie nama dia mama mia..opss!aina...org kelantan..mempunyai gigi yg sgt cantik..taring dy sape xleh lawan..kalo dulu ak xpakai brace mst ak menang...juga still single but not available...mummy ajar yg sebelah ni tunggu lagi 4 bulan nk meletup dan yg pasti kami semua akan bergelar auntie lepas ni..hoho..dua2 ni housemate ak...sgt kuat mkn mcm ak..pantang diajak ke kfc or mcd,kami yg sampai dulu..haha

20 January 2010

Panggilan Misteri

sebentar tadi menerima panggilan dari no yang tertera +60302..masa tue tgh syok buat keje sekolah tempek2 atas manila..sengaja malas nk angkat sbb takut membe cari atas urusan prog..saya sgt letih hari ini maka saya xsanggup menerima sebarang tugasan atau berita terbaru..bila pegang jer nset tgk no ni terus cpt angkat..mula2 terdetik juga si diakah??90% mustahil cepat2 padamkan ingatan dan membayangkan dol..akhirnya mmg dol..dulu saya sgt menantikan no sebegini dan akan cpt angkat..namun kini saya juga menanti no begini kerana hanya dol yang akan kol..dol,dlm kita bergelak ketawa,hanya hang yg mengetahui apa yg bersarang di hati temanmu ini..balikla tahun ni..kak z,ajak wan balik jg2..saya masih musykil siapakah yang menelefon saya beberapa hari yang lepas dgn terteranya 'witheld'..nak kata pihak bank,mmg xlogik!mungkinkah sy akn dipermainkan lgi??

17 January 2010

Bunga

pernah dengar lagu cinta yang selalu mengaitkan diri dengan memuja wanita??huh!very bored..saya sokong cakap pn.hapsah yg lagu melayu membosankan..dats y saya skrg lebih suka dgr lagu yg saya langsung xfhm lirik dari menghayati lagu cinta..kadang2 terkena atas batang idung sendiri..."sayang,abang petik bunga ini khas buatmu"(bagi izin laluan nk gelak noo)acttly baru lepas layan cite melayu utk ilang boring..time chapter ini saya dah sakit perut..baik tgk avatar walopun tertidur..keke..tgh bercinta ni sume manis..kentut pun wangi..saya sekadar ingin berkongsi kisah seorang kawan..hidupnya bertuah kerana semua insan mengambil tahu pergerakkan hidup..namun gara-gara dirinya yg tidak pandai dan tidak punyai mulut yg manis utk berbicara..dirinya sering dipersalahkan dalam hal yang berlaku..apa yg membuatkan saya tersentuh adalah manusia telah melabelkan dirinya itu meruntuhkan agama akibat perbuatannya..sedangkan teman saya itu tidak tahu apakah salahnya??pokok persoalan di sini,siapakah yg harus dipersalahkan??adakah kita sebagai manusia harus berterusan mempersalahkannya atau membantunnya sedangkan temannya itu sedang bergembira hidup dengan menganiyai temannya sendiri menggunakan hukum Allah sebagai alasan??selaras dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian..di samping kita sibuk mempertahankan hak penggunaan,muhasabah kembali diri kita sendiri sebagai umat Islam yang kini mengaku sebagai seorang Islam namun melaksanakan apa yang dilarang...hukuman dikenakan kepada semua orang bukannya orang tertentu...wallhua'lam