21 October 2009
Cukupkah Amalan Aku Di Muka Bumi ini?
20 October 2009
Cinta
Sehingga daku terlupa waktu berlalu dengan cepat,
Dekatilah dirimu padaku,
Berilah daku menghayatinya bersamamu...
Daku mencabar alam ketika bersamamu
Suarakan kepada dunia bahawa daku mencintaimu
Dan jiwaku bersamamu
Hampirilah dirimu bersamaku
Supaya daku dapat menhayati cintamu
Cintaku padamu umpama bulan dan bintang di waktu malam
Daku resah melebihi khayalku
Dan mengatasi seluruh cabaran manusia
Daku resah sejak menemuimu
Hidupku menjadi indah
~merdukan alunan muzik nie?~
~bagi yang xtahu makna lagu ni,saya dh tlg terjemahkan~
19 October 2009
Stroller Masa Kini

15 October 2009
Kemalangan Yang Menimpa

andai saya punya kuasa mengedit balik pic sama mcm keta sebenar alangkah baiknya..namun apakan daya...-__-
~xde mood nk cerita sbb memikirkan family yang ditimpa musibah~
12 October 2009
Lepaskan Tekanan

Semalam release tension dengan jenjalan pusing Mesia..planning dari minggu lepas agi...minggu ni baru boley setelah komitmen selesai...sampai Gombak dalm kul 1 lebey pastu menuju ke Mid..dengan harapan citer Cloudy ada..namun xde jg!layan surrogates jerla...kepasla saya dah sesak..disebabkan otak dah penat maka hampir tertido masa tgh tgk...bukan nak tengok sangat tp sekadar menghilangkan bored...macam2 pael manusia saya tgk..ada yang jalan mcm xcukup ruang, ada yang nk didukung dlm mall..ada yang pakai xcukup kain..dalam hati..hurmmm,ape nak jadi??lepas beli barang maka destinasi last menuju ke Uia..dengan harapan nk antar baju mek Busyra..last2 dia xangkat fon..dh tunggu ke tangga beso dah..aduyai!entah kali ke berapa dah xjd kasi..~___~
mujur penyelamat ada..roger fizi maka dalam setengah jam baru sampai..cepatkan???lepas kuar main gate, Bush mesej dy ttido sbb tunggu saya..adus!baik punya dok ada..sejam main dekat tangga mengalahkan orang yg berkonvo tangkap gmbar..lepas tue sempat lagi jalan dekat Damansara..tengok the curve n ikea..nak singgah dirasakan terlalu awal..jam dah 12 lebey..uyooo!mmg ramai...walaupun drive n tgk dari jauh jer,hati puas!sbb rasa tenang menikmati keindahan kota di malam hari^___^
membe saya cakap kite kena g sbb kita kena bajet nk stay kt mana nnt..perancangan awal itu penting...alah, sebenarnya sem depan nk ubah port shopping..keke..tue yg survey tu...asyik lepak Mid,Times n Klcc jer..mcm dh xde tempat lain dah...
10 October 2009
Kisah Lalu
" masa sem satu ko suka pakai jubah.mature sangat"
Bila dr cakap gitu membuatkan aku conpius..perlu ke berhias lebih-lebih?aku tgk dr pun dua kali lima dengan aku jer...baju xde la meghelit..beliau sangat bersederhana...bila tgk penampilan aku xla selekeh sangat...tutup aurat cuma aku xsemacam rakan-rakan lain...tudung bertukar2 fesyen.. dari balung ayam ke ape ntah..^__^kelakar bila dengar kawan lelaki aku sebut tudung balung ayam...tudung ala-ala wardina disebut balung ayam?huh!kureng asam..sejak tue ak pun dh xpenah ikut mana-mana style...itu pertama kali dan terakhir kali..~__~
Tengok membe2 lepas raya ni baju mcm-mcm warna..mmgla!baju aku pun..keke..tapi sejak lepas raya nie ramai yang pandai bergaya....aku?selagi xkoyak mmg aku akan pakai baju...baju dari sem 1 lagi sebab aku akan masuk mesin lepas pakai..sayang dol baju mahal2 masuk mesin..sebab itu lazimnya aku akan tetapkan hari-hari khas sahaja aku akan pakai baju yang jarang-jarang dipakai...ada patut membe aku tegur aku pakai baju raya ke kelas walhal baju tue dh pernah pakai pun..sah!diorang xpernah sedar aku pakai baju baru sebelum ni..~__~
Mungkin aku akan kembali berjubah seperti dulu..Namun sebelum itu, ilmu di dada yang tipis ini harus didalami lagi...Bukan sekadar berjubah di luaran sahaja namun akhlak dan iman yang dijaga dan diperbaiki lagi....Doakan aku..Sekarang baru aku sedar bahawa insan yang aku rasakan terbaik untukku, selalu membimbingku, ilmu agamanya tinggi dariku tetapi bila diuji dia tewas...Doakan moga teman aku sedar sebelum terlambat...Pernah aku mempersoalkan diri aku kenapa aku dijadikan sasaran untuk dipersalahkan dalam isu berkaitan agama...jahil sangatkah aku?teruk sangatkah sikap dan penampilanku?mungkin ya...Berkurung dan berseluar menyebabkan aku dijadikan sasaran kononya jahil...Moga siapa yang berfikiran sebegini bukalah minda...Lihatlah dari aspek yang pelbagai...Aku sedar aku hina tapi jangan labelkan orang lain juga begitu....Mungkin mereka lebih menjaga aurat dariku even berseluar....Mungkin dari sini Allah tunjukkan jalan agar aku bangun sendiri melawan hawa nafsu tanpa mengharapkan bimbingan dari orang lain lagi...Tak mungkin Allah akan menduga hambanya jika hambanya tidak mampu menanggung....Kini aku masih di sini meniti kehidupan demi menggapai redha ilahi....
06 October 2009
Minggu Gila
04 October 2009
My Dream
03 October 2009
Panggilan Hangit
Cry
~ternyata benar liriknya menggambarkan rasa di hati sekarang~
kalam ini berbicara
menghurai maksud di jiwa
agar mudah kau mengerti
akan segala yang terjadi
catatan ini meluahkan rasa di hati
moga ketenangan aku perolehi
membantu aku mencapai cita-cita
aku telahpun sedaya
tak melukai hatimu
kasih yang lama terjalin
berderai bagaikan kaca
teman, maafkanlah diriku...
oh Tuhan...
tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini..
teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina
ke akhirnya...
01 October 2009
Lantik 10,000 guru kanan disiplin
PUTRAJAYA - Masalah salah laku pelajar yang semakin meningkat telah mendorong Kementerian Pelajaran mengemukakan cadangan mewujudkan hampir 10,000 jawatan baru iaitu Guru Kanan Disiplin untuk ditugaskan di semua sekolah kebangsaan dan menengah tidak lama lagi.
Selain daripada tugas hakiki mengajar, mereka mempunyai tanggungjawab lain iaitu menjaga disiplin 5.5 juta pelajar di 9,844 buah sekolah kebangsaan dan menengah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong berkata, jawatan baru itu adalah tetap dan guru yang dilantik akan mendapat Elaun Tanggungjawab serta pengurangan waktu mengajar.
Namun jelasnya, jumlah elaun itu belum ditetapkan lagi.
"Guru yang menjawat jawatan itu di sekolah kebangsaan akan mempunyai tangga gaji DG32 manakala kakitangan di sekolah menengah pula DG44,'' jelasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini semalam.
Menurut Ka Siong, guru-guru terpilih juga dikecualikan daripada mengajar pada waktu pertama dan terakhir dalam jadual kelas sesi persekolahan agar mereka dapat memberi fokus terhadap urusan menjaga disiplin.