10 October 2009

Kisah Lalu

Semasa menunggu lab kosong, aku sempat berbual bersama dua orang rakan lelaki..kebetulan hanya kami bertiga yang sampai dulu sementara menunggu instructor dan rakan-rakan lain berjuang membuka mata untuk sampai...mereka bukan beragama Islam namun itu bukan penghalang untuk kita bersahabat..buku ditangan dipegang kerana menghafal teori dan mata merenung ke atas kononya konsentrasi...rakanku bersuara sedangkan aku jarang berbual dengannya selama ini...

"dulu aku ingat hang dah tunang"
aku jawab
"hah!fakta mana yang ko amik?"
kawan membalas
" masa sem satu ko suka pakai jubah.mature sangat"


Aku terdiam..betul ker?kawan aku yang Islam pulak cakap aku nampak tua pakai jubah...ngok ngek betoi!!aku pun termakan dengan kata-kata dia n malas nk pakai sangat kecuali bermood...Bila difikirkan kembali aku mmg seorang yang suka pakai jubah dari form 1 lagi tapi diselang seli juga dengan baju kurung..kini juga begitu cuma banyak berkurung lagi..bila direnungkan kembali mungkin itu satu teguran..teguran yang membina walaupun rakanku itu beragama kristian...mungkin sekarang dia nampak aku banyak dengan baju kurung..gara-gara aku yang malas..malas bangun awal...bila malas bangun awal aku akan rembat jer baju yang xmemerlukan aku menggosok baju lama-lama...lagipun kelas hanya 2 jam..xde sape yang akan mempedulikan penampilan..ke kelas untuk menuntut ilmu bukannya pertunjukkan fesyen..namun kata-kata dr Fauziah mengenai penampilan bagi pelajar yang sedang membentangkan tugasan kena jaga..mujur turn aku dah lepas..^__^

Bila dr cakap gitu membuatkan aku conpius..perlu ke berhias lebih-lebih?aku tgk dr pun dua kali lima dengan aku jer...baju xde la meghelit..beliau sangat bersederhana...bila tgk penampilan aku xla selekeh sangat...tutup aurat cuma aku xsemacam rakan-rakan lain...tudung bertukar2 fesyen.. dari balung ayam ke ape ntah..^__^kelakar bila dengar kawan lelaki aku sebut tudung balung ayam...tudung ala-ala wardina disebut balung ayam?huh!kureng asam..sejak tue ak pun dh xpenah ikut mana-mana style...itu pertama kali dan terakhir kali..~__~

Tengok membe2 lepas raya ni baju mcm-mcm warna..mmgla!baju aku pun..keke..tapi sejak lepas raya nie ramai yang pandai bergaya....aku?selagi xkoyak mmg aku akan pakai baju...baju dari sem 1 lagi sebab aku akan masuk mesin lepas pakai..sayang dol baju mahal2 masuk mesin..sebab itu lazimnya aku akan tetapkan hari-hari khas sahaja aku akan pakai baju yang jarang-jarang dipakai...ada patut membe aku tegur aku pakai baju raya ke kelas walhal baju tue dh pernah pakai pun..sah!diorang xpernah sedar aku pakai baju baru sebelum ni..~__~

Mungkin aku akan kembali berjubah seperti dulu..Namun sebelum itu, ilmu di dada yang tipis ini harus didalami lagi...Bukan sekadar berjubah di luaran sahaja namun akhlak dan iman yang dijaga dan diperbaiki lagi....Doakan aku..Sekarang baru aku sedar bahawa insan yang aku rasakan terbaik untukku, selalu membimbingku, ilmu agamanya tinggi dariku tetapi bila diuji dia tewas...Doakan moga teman aku sedar sebelum terlambat...Pernah aku mempersoalkan diri aku kenapa aku dijadikan sasaran untuk dipersalahkan dalam isu berkaitan agama...jahil sangatkah aku?teruk sangatkah sikap dan penampilanku?mungkin ya...Berkurung dan berseluar menyebabkan aku dijadikan sasaran kononya jahil...Moga siapa yang berfikiran sebegini bukalah minda...Lihatlah dari aspek yang pelbagai...Aku sedar aku hina tapi jangan labelkan orang lain juga begitu....Mungkin mereka lebih menjaga aurat dariku even berseluar....Mungkin dari sini Allah tunjukkan jalan agar aku bangun sendiri melawan hawa nafsu tanpa mengharapkan bimbingan dari orang lain lagi...Tak mungkin Allah akan menduga hambanya jika hambanya tidak mampu menanggung....Kini aku masih di sini meniti kehidupan demi menggapai redha ilahi....

No comments: