04 February 2010

Maafkan Aku..

pada mulanya aku hampir kecundang dan mempercayainya 100%..namun kuatkan di dalam hati yang Allah itu berkuasa ke atas setiap yang berlaku terutama kepada makhluknya..sebagai manusia ujian demi ujian membuatkan kita kadangkala alpa dan lupa terhadap yang maha ESA bahawa dialah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..mungkin kesakitan atau mungkin kemanisan..berita yang bagiku sangat mengejutkan..mengapa ak yang disakiti sedangkan ak sudah memutuskan sebarang perhubungan dengannya atas permintaanya..kenapa sehingga sekarang aku masih disakiti..namun pagi ini semasa aku buka belog ini ak terkedu...

ujian Tuhan kepada semua insan
adalah kehidupan ini
yang baik menjadi tuntutan
yang buruk dijauhkan

syurga yang dijanjikan
bukanlah suatu khayalan
tentang nikmat berpanjangan ilahi
neraka yang tercipta
menghimpun azab derita
tangisan kesengsaraan insan..

syurga....
adalah kelazatan
terbentang buat hamba beriman
yang kasih kan Tuhannya
yang kasih kan Rasulnya
yang kasih Agamanya
neraka
tempat kedukaan
angkara kedurjanaan insan
yang lupa kan Tuhannya
yang lupa kan Rasulnya
yang lupa Agamanya

siapakah yang lebih mulia
dari mereka yang tidak lupa
janj Allah adalah kepastian
dan nikmat syurga adalah indah

aku sendiri yang meletakkan lagu ini agar selalu berkumandang..menjadi satu motivasi..pagi ini,aku sendiri yang mengalirkan air mata..aku sendiri hampir alpa dan mempercayai apa yg disebut oleh seorang Hamba Allah..jika betul segala kesakitan yang dialami ini adalah suatu pengkhianatan seorang yang turut mengaku dia seorang Islam dan taat pada yang Esa,maka selayaknya Allah yang menghukumnya..Aku hanya ingin memohon maaf dan berikanlah aku ketengana untuk aku berjuang di dalam menegakkan dan membantu anak-anak di luar sana dalam arena pendidikan...Kuatkan diri yang hina ini dalam menempuh cabaran ini Ya ALLAH..

03 February 2010

Pengajaran

aku terbaca satu blog..blog yg sgt menyayat hati di mana gugurnya seorang pejuang Islam..aku tidak pernah mengenalinya dan hanya mengenalinya sehinggalah dimaklumkan akan kematiannya..Innalillah..sesiapa yang ingin membaca boleh cari di bahagian kanan..coretan dari keluarga dan rakan-rakan yang memuji kebaikan arwah ternyata membuatkan hatiku sebak..Gugurnya seorang pejuang di medan jihad di dalam menyampaikan dakwah di atas muka bumi..Hakikatnya dia insan biasa,namun nama yang ditinggalkan membuatkan insan yang masih bernyawa sayu dan sebak dengan coretan dari ahli keluarga dan sahabatnya yang kagum akan kehebatannya dalam berdakwah..moga ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh..kematiannya agak mengejut...kemalangan di simpang empat besau di traffic light..dan menghembuskan nafas terakhir di HTI..aku kagum dengan apa yang dilakukan semasa hayatnya masih ada..arwah bakal guru mate namun perjuangannya di dalam Islam bagiku mengatasi teman-temanku yang lain yang mengaku dirinya seorang ustaz ataupun seorang yang mendalami ilmu agama tetapi suka melabel dan menghukum orang malah lebih hina dengan melakukan maksiat bersembunyi...Sedarilah wahai teman-temanku dan juga diriku yang hina ini, jangan jadikan insan lain sebagai tempat untuk dipersalahkan atas kesilapan diri sendiri...Allah tidak pernah membezakan umatnya..Hukum Allah itu sama bagi setiap manusia tidak kira siapa diri kita samada guru,doktor,enginer,prof dan sebagainya..Kemurkaan Allah itu tiada siapa yang mengetahui atau dapat meramalkan..Murkanya Allah pada salah satu kelompok atau makhluk itu di atas muka bumi, semua turut merasa kemurkaannya..Kerna Orang Islam itu bersaudara..Masing-masing saling membantu dan membimbing untuk mengapai redha dari ALLAH S.W.T..

Bangun Awal Pagi

Hari nie prof bgn awal..awal sgt2!kegeraman yg melampau semalam kerna cacing main dlm perut smp xleh tdo..jam 5 pagi baru terlelap..paginya muncul membawa sang suria yang menyinari dan memancar mata prof!ditambah pula dengan seruan anak2 tuyuk dlm uma ni yg sgt mencemburui prof yg tdo dgn nyenyak maka prof bgn..dh siap mandi baru baca msj yg lab batal!adus rugi mandi awal..hahaha...seminggu dua ni tersangat letih..setiap minggu berulang alik ke kkb menguruskan prog bersama pelajar samt kkb..mantap belaka adik2 di sini..menjejakkan kaki di sini mengingatkan prof ketika di maahad..prof bukan dalam kategori pelajar pintar namun prof berbangga kerana berjaya mendidik prof menjadi insan yg matang walaupun ada unfinished business dlm minda..semalam meeting dgn barisan pentadbir..adus!berdebar ni..selaku tim pengarah maka pembentangan harus mantap dan jelas agar apa yg cuba dibawa tidak menyesatkan..memandangkan basic masa prog kt maahad dulu banyak sbb prof antara pelajar yg xsuka bila ada tamrin maka kini segala ketidaksukaan itu terpaksa di recall kembali namun dalam pendekatan berbeza...malamnya meeting dgn dr nasir selaku penyelia tesis(latihan ilmiah)..rasa lega sebab ada guide dari beliau yg mmg mantap dlm profesion kaunseling..saya bersyukur yg dy xkata saya sukar nk senyum sebaliknya kawan saya yg sorang lagi...tajuk yg dicadangkan agak mantap memandangkan saya agak berminat utk mendalami kaunseling keluarga dan remaja...xcaye sebab saya dah last year di sini..huhu..nnt nk kena buat housemanship(ceh!skema ja)..cadangan kena buat setaun memandangkan saya lebih ke arah praktis...

29 January 2010

Ketenangan

akhirnya,inteam berjaya merebut hati saya kembali dengan album mereka Allahu Rabbi..Hamzah Asadullah sgt menyentuh hati walaupun pada zahirnya saya nie agak rock..(betul!xtipu aih)mmg saya suka layan byk lagu Lenka n Minah Salleh lain sbb nak hilang tension namun bila mendengarkan lagu Hamzah Asadullah nie buat hati saya tersentuh..Redha dan Kepastian sudah lama merebut hati saya kerana liriknya banyak mengajar saya menjadi insan yg kuat dan tabah...saya mmg minat dengan sejarah Islam dan suka bercerita kalo sape nak tahu n dgr citer saya boleh roger k..tapi kalo sej eropah saya la yg mengantuk dulu sbb mmg xminat pun...bila baca sej masjid al-aqsa td membuatkan hati teruja lagi nak tahu perkembangan sekarang...melihat manusia zaman skrg nie, mengaku saja sebagai Islam tapi sejarah Islam sgt cetek pengetahuannya..Hamzah,masa kecik2 dulu ustaz selalu citer yg hati dan jantung dy kena makan oleh Hindun bkn Honda(trus saya terfikir yg hindun ni xmuntah ker dy mkn?)saya ni yg termakan hati ayam pun dah muntah..bau pun dah xleh dekat...mungkin selepas ini saya akan sedaya upaya mendalami byk lagi sirah2..teringat komen kelmarin dlm kertas bertuli dgn pen merah seolah2 mcm nk mengancam...penyampaian ceramah saya bermula dengan sepotong ayat al-quran surah Ibrahim..komen tue ckp saya terlalu menekankan agama Islam dalam memberi ceramah...saya kena memikirkan agama lain juga..teguran buat saya...namun saya bukan seorang yang baik untuk menerangkan dan menghubungkaitkan dua agama dalam satu masa tanpa mendalami ilmu yg mendalam..slide tue saya gabung dari pelbagai unsur..agama dan realiti kehidupan...mungkin di masa hadapan saya akan cuba mempelajarinya dan memberi ceramah di hadapan ribuan umat Islam dan Kristian?Ya Allah,berikan kekuatan dan ilmu yang berkat di dalam ak mendalami ajaranMu...

Yahudi Laknatullah


MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.


Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.


Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M. Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.


Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin. Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya. Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984. Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi. Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu. Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.


Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid. Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel. Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa. Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis. Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa. Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.


Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam. Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel. Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa. Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi. Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967. Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi. Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat. Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad. Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid. Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam. Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya. Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid. “Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan. Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat. Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel. Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu. Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera. JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein. Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.” Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

28 January 2010

New Things I Need To Learn

Alhamdulillah pmbentangan selesai..pelbagai komen diterima namun semuanya membina!syukran jazilan buat semua rakan-rakan yg mendoakan dan menegur atas kelemahan diri...menarik sgt komen n semuanya berfokuskan kepada dua perkara...smile n my voice...nak kena masuk kelas vokal agar perlahankan volume suara saya..pengisian slide alhamdulillah semuanya ckp ok...ada yg ckp saya melalut??maybe kot kalo gelabah sgt...mmg gelabah pun td..entahla kenapa...hahaha..ada yg ckp suara tue buat pelajar takut n ada ckp suara kuat tue tanda saya takut..a little bit confuse...yg penting saya tahu kelemahan saya dan insyaAllah sedaya upaya akan slowkan suara...smile??yup!i know itu sdekah namun tahla...mcm ada urat tegang yg buat saya sukar nk senyum..i'm really sorry..but i'll learn to do it..thanks a lot...mmasa buka komen tue takut jg2..namun semua komen yg saya terima membuatkan saya lega...

27 January 2010

Dugaan Menjadi Pelajar

di saat aku sedang menulis,terasa ingin menghamburkan air mata..ternyata hari ini sgt mencabar dan memenatkan...mungkin kesalahan diri sendiri kerana semalam tido lewat disebabkan pulang lewat malam setelah mencari barang di kl..lepas lab td,ak pulang..perut yg xdiisi menjadi kesalahan sendiri kerana ini yg membuatkan ak lg letih semasa lab n selepasnya..dpat pulak berita yg hari sabtu nie ada seminar kaunseling kelompok..sedangkan aku sudah beriya mahu pulang ke rumah nk jumpa mama..redha jerla...pulang ke rumah dlm keadaan yg sgt penat..setelah melelapkan mata 1min,nset berbunyi..tgk2 kaunselor agama tinggi kkb kol mengatakan pengetua nk jumpa...aku langsung xmempersiapkan minda untuk membentangkan kertas kerja...lantas bangun solat n minta diberi kekuatan dan ketenangan kerana minda sgt penat...sampai sekolah dlm jam 3 petang..akhirnya kami diberi kebenaran untuk menjalankan program...Alhamdulillah syukur!kenapa hati ini sedih dan sayu??aku sendiri buntu..air mata berlinangan juga kerana aku sgt letih memikirkan esoknya ada exam dan aku harus memberi ceramah motivasi pada sebelah petangnya...mampukah aku buat yg terbaik dlm diri yg sgt xbermaya???


~aku yang salah~

walaupun tiada matlamat kenapa aku g kl namun sedikit lega kerana benda2 yang nk dibeli semua sudah dapat..bermula dgn sweater disebabkan tulang reput xtahan air cond n pendrive..buat pertama kali pendrive aku rosak..pendrive yg menjadi sej yg pernah hilang selama 2bulan akhirnya dijumpai sehinggalah rosak...bayangkan gerak dari uma pukul 530 smp dlm 630 dkt sogo n den dlm ku 9 ke low yat!mujurla jln nk ke low yat xjem..kalo xmau tension juga drive dlm keadaan jem!masuk dlm low yat,escelator itu aku langkah 2 anak tangga sekaligus naik ke tingkat 4..mungkin habit nk beli pendrive dkt lowyat juga sedangkan tgh harinya dh ke kedai komputer dkt kampus cr vakum laptop n pelapik keyboard..akibatnya hari ini aku sgt letih kerana rehat yg tidak cukup dan aku sendiri menangis disebabkan seharian tidak rehat!

26 January 2010

Nak Balik Kedah!

minggu ni nak balik rumah!sudah rindu sama mama papa n lulah gigi buruk!walaupun nnt raya cina nk balik lagi tp mcm biasa la..perangai saya ni teruk sket..rasa rindu dekat uma jer trus start keta balik..my mom plak xpernah marah malah lagi suka..yerla!dr saya merayap ke tempat lain dy lebih suka saya balik..anak mak la katakan..

berat bdn bertambah!owh!tidak.........................diet2