17 August 2009

Pelihara dan Lindungi Kami

perjalanan sem yang sangat memenatkan..ujian ada di mana2..wabak lembu pendek nie makin mengganas kerana sudah meragut banyak nyawa..yang pasti epal hijau dan bawang putih pasti laris selepas ini..Ya Allah peliharalah kami yang sedang menuntut ilmu..jauhilah kami dari wabak ini...terus terang saya katakan saya rasa malas nk ke kuliah untuk bertemu ramai orang...ramai teman2 pada dahulunya tiada sebarang tanda2 dijangkiti namun kini sudah dikuarantin...mama mula bising sbb saya xnak pakai topeng..dan sekarang baru membiasakan diri pakai topeng..seakan alien disebabkan saya sorang jer..dan sekarang makin bertambah kepada dua orang..simptom mungkin ada kerana saya sudah mula demam semenjak pulang ke sini pada awal sem..namun demam itu hanya sekejap lantas saya terus membuat kesimpulan cuaca panas dan lazimnya apabila memandu di dalam cuaca panas sya akan demam..saya mmg tidak tahan dengan panas apabila drive..bermula dari sem 1 lagi pernah saya pulang ke kedah untuk bertemu rakan bertolak jam 830 pagi n sampai jam 1230 tgh hari dan keesokannya saya demam..dan minggu lepas merupakan minggu yang sangat menduga apabila tangan kanan saya tidak kuat!apabila mengadu pada mama,mama cakap sikit ajer tue..disebabkan tidak puas hati melihat tangan membengkak maka saya adukan pada teman sekelas lantas dia mengajak saya berjumpa dengan pensyarah saya sendiri yang mahir dalam refleksiologi...sah!mmg urat..namun ada lagi khabar buruk mengenai kesihatan saya yang merisaukan saya sekarang..antaranya adalah saraf saya dan yang lain saya terpaksa rahsiakan...saya mohon rakan-rakan doakan moga saya cepat sembuh..sebelum ini saya mmg tidak takut apabila mengurut..kalo tak masakan saya terseliuh di sebelah pagi dan petangnya saya main bola kembali...namun teknik en zul membuatkan saya menahan air mata kesakitan..satu kepuasan mendapatkan rawatan dimana batasan aurat dijaga membuatkan saya lega..ikutkan hati nak tinggal jer tangan dekat dia n esok amik balik...itulah padahnya saya nakal masa zaman sekolah..melompat bagaikan munyet...sekarang rasakan la...keesokkannya saya demam tanpa was-was lagi...adakah itu simptom h1n1??adakah disebabkan saya ligat memulas stereng keta semasa perjalanan balik ke sini buat tangan saya salah urat?xlogik kot..sampai sekarang juga saya takut untuk memegang benda berat..pulas stereng pun dalam keadaan berjaga2 kerana kalo ganas sgt conform mlmnya saya mcm ayam berak kapur menahan sakit...tugasan assignment digagahi juga untuk disiapkan..ikutkan hati saya ingin menarik diri kerana saya tidak terdaya lagi...rata-rata rakan yang menemui saya menyedari akan perubahan pada wajah..sakit ker?takut juga silap2 bdk2 nie paham saya ada simptom h1n1..nauzubillah...alhamdulillah program evolusi diri bersama puspen sg besi sudah selesai..gambar?ada di bawah

No comments: