14 March 2009

Wanita dan Kecantikan

kenapa saya timbulkan topik ini?kerana saya melihat rata-rata teman saya sukakan kecantikan..saya bertuah kerana mempunyai sahabat yang dikala saya bosan, ada yang mengajak saya berbuat jahat dan paling bertuah jika saya telah alpa ada yang membantu saya kembali ke pangkal jalan..tidak salah jika wanita itu berhias namun mestilah berlandaskan syarak. saya sedar saya juga insan biasa dan punyai kelemahan tersendiri. namun, sampai bila saya harus begini. buat teman-teman di luar sana, bantulah daku, tegur lah daku...aku insan biasa..apa yang saya ingin timbulkan di sini adalah isu aurat yang pada pandangan saya makin lama,ramai wanita memandang dengan mudah.. kalo dulu bertidung litup, kenapa sekarang harus dibuka dan ditayangkan kepada lelaki yang bukan muhrim kita..adakah anda rasa diri anda memang cantik..ya!mungkin cantik dari wanita lain termasuk lah saya...adakah kecantikan itu harus ditayangkan?apakah Islam menganjurkan ummatnya menyangkan kecantikan yang diberi...saya juga pernah jahil tetapi cukuplah..itu zaman kegelapan saya..hakikatnya sekarang saya ingin mengajak sahabat-sahabat agar kembali ke pangkal jalan...
Alhamdulillah, Allah telah menemukan kembali saya dengan ustaz yang pernah merotan dan mengetuk kepala saya dengan teman-teman ketika sedang tidur dan berbuat bising dekat belakang kelas..segala permasalahan dan kemusyikilan yang timbul kini banyak saya rujuk dengan beliau...paling saya terharu apabila tutur katanya yang menyebut anti tetap anak murid ana dunia akhirat.. Subhanallah!
satu emel yang saya rujuk dengannya:
Waalaikum salam,aurat wanita islam dengan perempuan bukan islam mengikut jumhur ulama ialah seperti lelaki ajnabi, hanya muka dan tapak tangan sahaja boleh dinampakkan,tapi tak perlulah pakai tudung sentiasa dalam bilik mungkin merimaskan, pakailah apa-apa kain atau tuala yang boleh menutup aurat setakat mana yang mampu,jangan jadikan agama sebagai yang menyusahkan,agama itu mudah.kedua;hukum potong rambut bagi wnita,harus jika tidak terlalu pendek sehingga menyerupai lelaki,jika sebaliknya haram.wanita bkn islam tak boleh potong rambut wanita islam sbb aurat seperti jawapan pertama tadi. wallahu a'lam

No comments: