14 January 2010

Cerita M.Schumacher bersambung

maaf kepada pembaca2 di luar sana..tengah sedap2 menaip tetibe internet limited..mujur alen yang pemurah cepat2 dtg bila diroger gara2 tahun baru..so pasword kena reset baru...

...kita sambung cerita semalam...

parents mak ayah schumacher ni telah menghadiahkan sebiji motor..jenama honda (kal8851) setelah dia berebut dengan abangnya yang nama dia aku pun dah lupa..ini untuk memudahkan si schumacher ni untuk berulang alik ke kolej~(dia pun mcm student lain juga!perlu tuisyen)~..kolej schumacher nie terletak di amerika syarikat(alor setar)..maka schumacher menetap di rumah sewa bersama temannya yang bernama AWIE Alberto yang kini sedang mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam kerana serik asyik jatuh basikal..awie alberto mempunyai mini bike berwarna kuning bersamamu(gerek)..pada suatu hari, selepas schumacher pulang dari tuisyen add mate di kolejnya,schumacher lepak la di luar rumah sewa sambil mengenangkan nasib diri memikirkan apa yang akan terjadi pada dirinya 5 tahun akan datang..(nak jadi doktor,takut tgk darah,nak jadi fa,tinggi xcukup n hensem tu bleh tahanla ala fahrin ahmad..malah putih lagi dari fahrin jer..keke)


selang 5 minit awie tiba dengan mini bike kuning digi...schumacher yang sedang mengelamun mengingatkan kekasih hati yang tackle xdapat2 lagi ni disapa oleh seorang teman bernama atipondantua yang sedang bermain badminton pakai kain batik kerana ada perlawanan dengan juara badminton rohaya sidek...atipondantua nie terer pulak cakap kedah..ayat dia lebih kurang ginila pada schumacher setelah diterjemah menggunakan kamus oxford..."hang nak makan free x ptg ni?kalo nak makan free ak cabar hang naik gerek awie pakai helmet p kedai mamak mee goreng"schumacher ni tanpa membuang masa menyahut seruan lantas memakai helmet pendekar gaban dia dan amik gerek awie..memandangkan schumacher dan awie adalah sahabat baik,maka awie pun harus turut serta..awie dikehendaki menaiki gerek mini budaks pompuan dengan helmet dia sendiri..schumacher pun kayuhla gerek tue menghala ke kedai..jarak perjalanan dalm 7 minit gitula..namun schumacher terpaksa melalui surau,kedai n kawasan perumahan..namun keslumberan schumacher dilindungi bogo menyebabkan schumacher kuat n xtakut!orang ramai yang lalu lalang memandang sebelah mata pada mulanya namun akhirnya telah membeliakkan biji mata mereka(kagum betul ak tgk budak ni..berhati2 di jalan raya detik hati mereka)sesampainya di kedai mamak sebelah mall Taman Badlishah,mamak yg tengah goreng mee pun tersengih(muka budak nie jer yg selalu beli mee aku..xde orang lain ker?)namun,mamak sedikit mempamerkan gigi yang jauh lebih putih dari ghona mukanya..lantas dia tanya,adik takut jatuh basikal ker?baru belajar ker?dua orang budak laki yg tgh tunggu mee tue dah lama dah muka merah2 padam mcm kena ngorat bila tgk si schumacher n awie ni..(eleh,tahula jatuh hati pun)...schumacher jawab,("jaga keselamatan diri mamak!bahaya zaman sekarang ni..beg sirih pun sosah")..keke (dlm hati nie xpulak rasa malu )sesudah membeli belah di kedai mamak,schumacher n awie kayuhla gerek balik umah dengan kelajuan 10km 1jam..maka si atipondatua telah kerugian sebanyak 10 hinggit pada petang yang pada ketika itu dianggap bernilai kerana tersalah mencabar orang..maka sejak dari kejadian itu,schumacher telah membuat keputusan untuk memaki helmet semasa memandu kereta ferrari dia..ini semua gara-gara hafiza schumcher yang telah mencetuskan inspirasi buatnya..kawan2,jangan dianggap suatu perkara itu pelik kerana dari pelik itulah kapal terbang terjadi..keke..cerita di atas tiada kaitan dengan yang hidup atau mati namun ia berkaitan dengan diri saya sendiri kerana sayalah schumacher tersebut..michael schumacher sebenar tidak terlibat n mungkin tersedak sekarang kerana saya sibuk menyebut namanya..

No comments: