27 March 2010

Lawak Semasa

KUALA LUMPUR: Awek ganas! Hanya kerana dinasihati kekasihnya supaya menjadi perempuan baik, seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak.Dalam kejadian jam 7 malam Rabu lalu, mangsa, seorang penghantar surat berusia 20-an bertemu teman wanitanya itu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.Ketika itu, berlaku sedikit perselisihan faham apabila mangsa menegur kelakuan teman wanitanya dan meminta dia berubah sikap kerana didakwa agak garang dan sering memarahinya.


Bagaimanapun, segala nasihat mangsa itu dibalas maki- hamun serta kata-kata kesat oleh teman wanitanya selain dia dimarahi di depan orang ramai.Malah, wanita terbabit yang berang dan tidak dapat mengawal perasaan mengamuk dan memukul mangsa membuatkan lelaki berkenaan menanggung aib kerana kejadian itu diperhatikan orang ramai.Menurut sumber, menyedari insiden memalukan itu diperhatikan orang ramai, mangsa segera membawa teman wanitanya itu keluar dari pusat beli-belah berkenaan dan menghantar kekasihnya pulang.“Mangsa menganggap kejadian itu menjatuhkan air muka kerana teman wanitanya langsung tidak menghormatinya, malah sanggup memperlakukan dia sedemikian di depan orang ramai.“Tidak tahan kelakuan wanita itu, lelaki berkenaan segera membawa wanita terbabit keluar dari kompleks berkenaan lalu menuju parkir untuk mengambil motosikal,” katanya.


Sumber itu berkata, ketika dalam perjalanan mengambil motosikal, teman wanita lelaki itu masih tidak puas hati dan mengungkit kata-kata nasihat yang diberikan mangsa.“Akibatnya berlaku pertengkaran sekali lagi dan kali ini mangsa diperlakukan lebih kejam apabila teman wanitanya mencakar muka selain menghentak kepalanya dengan topi keledar.“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diketuk dengan komputer riba miliki wanita berkenaan,” katanya.Menurutnya, selepas puas membelasah teman lelakinya, wanita terbabit sekali lagi berang apabila mendapati komputer ribanya rosak dan dia meminta mangsa membayar ganti rugi.


“Teman wanita lelaki itu mendakwa mangsa punca komputer riba miliknya rosak dan meminta dia membayar kos atas segala kerosakan.“Namun, mangsa mempersoalkan tindakan teman wanitanya itu dan mendakwa kerosakan berkenaan bukan berpunca daripadanya,” katanya.Sumber itu berkata, mendengar kata-kata itu, wanita terbabit sekali lagi naik angin dan kali ini dia bertindak lebih biadab apabila mengugut mengupah rakan-rakannya supaya merogol ibu dan adik perempuan mangsa.“Selain itu, wanita terbabit merampas kunci motosikal mangsa dan lelaki berkenaan yang takut ugutan dan kejadian yang menimpa dirinya membuat laporan polis,” katanya.Berdasarkan aduan itu, polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian terbabit.


komen aku~xnak masuk mana-mana pihak!dua-dua salah...kdg-kdg dapat awek baik lelaki curang..tp bila dapat pakwe baik,awek plak curang~kalo aku,bawa jer dua-dua masuk lokap...

2 comments:

a kl citizen said...

drama minggu ini sungguh ya

AmOi said...

metro hari nie punye citer