29 January 2010

Ketenangan

akhirnya,inteam berjaya merebut hati saya kembali dengan album mereka Allahu Rabbi..Hamzah Asadullah sgt menyentuh hati walaupun pada zahirnya saya nie agak rock..(betul!xtipu aih)mmg saya suka layan byk lagu Lenka n Minah Salleh lain sbb nak hilang tension namun bila mendengarkan lagu Hamzah Asadullah nie buat hati saya tersentuh..Redha dan Kepastian sudah lama merebut hati saya kerana liriknya banyak mengajar saya menjadi insan yg kuat dan tabah...saya mmg minat dengan sejarah Islam dan suka bercerita kalo sape nak tahu n dgr citer saya boleh roger k..tapi kalo sej eropah saya la yg mengantuk dulu sbb mmg xminat pun...bila baca sej masjid al-aqsa td membuatkan hati teruja lagi nak tahu perkembangan sekarang...melihat manusia zaman skrg nie, mengaku saja sebagai Islam tapi sejarah Islam sgt cetek pengetahuannya..Hamzah,masa kecik2 dulu ustaz selalu citer yg hati dan jantung dy kena makan oleh Hindun bkn Honda(trus saya terfikir yg hindun ni xmuntah ker dy mkn?)saya ni yg termakan hati ayam pun dah muntah..bau pun dah xleh dekat...mungkin selepas ini saya akan sedaya upaya mendalami byk lagi sirah2..teringat komen kelmarin dlm kertas bertuli dgn pen merah seolah2 mcm nk mengancam...penyampaian ceramah saya bermula dengan sepotong ayat al-quran surah Ibrahim..komen tue ckp saya terlalu menekankan agama Islam dalam memberi ceramah...saya kena memikirkan agama lain juga..teguran buat saya...namun saya bukan seorang yang baik untuk menerangkan dan menghubungkaitkan dua agama dalam satu masa tanpa mendalami ilmu yg mendalam..slide tue saya gabung dari pelbagai unsur..agama dan realiti kehidupan...mungkin di masa hadapan saya akan cuba mempelajarinya dan memberi ceramah di hadapan ribuan umat Islam dan Kristian?Ya Allah,berikan kekuatan dan ilmu yang berkat di dalam ak mendalami ajaranMu...

Yahudi Laknatullah


MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.


Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.


Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M. Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.


Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin. Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya. Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984. Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi. Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu. Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.


Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid. Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel. Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa. Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis. Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa. Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.


Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam. Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel. Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa. Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi. Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967. Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi. Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat. Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad. Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid. Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam. Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya. Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid. “Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan. Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat. Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel. Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu. Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera. JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein. Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.” Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

28 January 2010

New Things I Need To Learn

Alhamdulillah pmbentangan selesai..pelbagai komen diterima namun semuanya membina!syukran jazilan buat semua rakan-rakan yg mendoakan dan menegur atas kelemahan diri...menarik sgt komen n semuanya berfokuskan kepada dua perkara...smile n my voice...nak kena masuk kelas vokal agar perlahankan volume suara saya..pengisian slide alhamdulillah semuanya ckp ok...ada yg ckp saya melalut??maybe kot kalo gelabah sgt...mmg gelabah pun td..entahla kenapa...hahaha..ada yg ckp suara tue buat pelajar takut n ada ckp suara kuat tue tanda saya takut..a little bit confuse...yg penting saya tahu kelemahan saya dan insyaAllah sedaya upaya akan slowkan suara...smile??yup!i know itu sdekah namun tahla...mcm ada urat tegang yg buat saya sukar nk senyum..i'm really sorry..but i'll learn to do it..thanks a lot...mmasa buka komen tue takut jg2..namun semua komen yg saya terima membuatkan saya lega...

27 January 2010

Dugaan Menjadi Pelajar

di saat aku sedang menulis,terasa ingin menghamburkan air mata..ternyata hari ini sgt mencabar dan memenatkan...mungkin kesalahan diri sendiri kerana semalam tido lewat disebabkan pulang lewat malam setelah mencari barang di kl..lepas lab td,ak pulang..perut yg xdiisi menjadi kesalahan sendiri kerana ini yg membuatkan ak lg letih semasa lab n selepasnya..dpat pulak berita yg hari sabtu nie ada seminar kaunseling kelompok..sedangkan aku sudah beriya mahu pulang ke rumah nk jumpa mama..redha jerla...pulang ke rumah dlm keadaan yg sgt penat..setelah melelapkan mata 1min,nset berbunyi..tgk2 kaunselor agama tinggi kkb kol mengatakan pengetua nk jumpa...aku langsung xmempersiapkan minda untuk membentangkan kertas kerja...lantas bangun solat n minta diberi kekuatan dan ketenangan kerana minda sgt penat...sampai sekolah dlm jam 3 petang..akhirnya kami diberi kebenaran untuk menjalankan program...Alhamdulillah syukur!kenapa hati ini sedih dan sayu??aku sendiri buntu..air mata berlinangan juga kerana aku sgt letih memikirkan esoknya ada exam dan aku harus memberi ceramah motivasi pada sebelah petangnya...mampukah aku buat yg terbaik dlm diri yg sgt xbermaya???


~aku yang salah~

walaupun tiada matlamat kenapa aku g kl namun sedikit lega kerana benda2 yang nk dibeli semua sudah dapat..bermula dgn sweater disebabkan tulang reput xtahan air cond n pendrive..buat pertama kali pendrive aku rosak..pendrive yg menjadi sej yg pernah hilang selama 2bulan akhirnya dijumpai sehinggalah rosak...bayangkan gerak dari uma pukul 530 smp dlm 630 dkt sogo n den dlm ku 9 ke low yat!mujurla jln nk ke low yat xjem..kalo xmau tension juga drive dlm keadaan jem!masuk dlm low yat,escelator itu aku langkah 2 anak tangga sekaligus naik ke tingkat 4..mungkin habit nk beli pendrive dkt lowyat juga sedangkan tgh harinya dh ke kedai komputer dkt kampus cr vakum laptop n pelapik keyboard..akibatnya hari ini aku sgt letih kerana rehat yg tidak cukup dan aku sendiri menangis disebabkan seharian tidak rehat!

26 January 2010

Nak Balik Kedah!

minggu ni nak balik rumah!sudah rindu sama mama papa n lulah gigi buruk!walaupun nnt raya cina nk balik lagi tp mcm biasa la..perangai saya ni teruk sket..rasa rindu dekat uma jer trus start keta balik..my mom plak xpernah marah malah lagi suka..yerla!dr saya merayap ke tempat lain dy lebih suka saya balik..anak mak la katakan..

berat bdn bertambah!owh!tidak.........................diet2

24 January 2010

Tekanan + Stress


nama dy sakinah..ak br sempat bergambar dgn dy..malas nk edit ke bawah..
baca jerla..kalo xphm pun buat2 paham la sbb dah tunggang langgang dah ak susun


minggu nie essemen berlungguk!i'm really tertekan..paling tension bila nset makan tar gara2 kuar dari keta xingat nset atas riba...mana nk cr sek utk prog...pengalam saya berganda2 bertambah bila berhadapan dgn pengetua sek bestari,kluster n mcm2..takat kena defend modul tue biasa la..kita yg xbyk pengalamn nk lawan dgn guru yg berpuluh tahun jadi guru..kena bijak la mengambil hati...betul ckp kak ummi yg pengalaman kena banyak kalo nk jadi kaunselor..tp fiza ni pengalaman berjalan banyakla..heheh....saya pelik kenapa org suka buat prog..ingat mudah nk buat prog kalo main hentam badak jer buat..modul kena mantop...silap2 mau rosak peserta kalo xbuat binding balik lps prog..asyik buat muhasabah...adakah satu kepuasan bg fc bila tgk peserta nangis??kdg2 saya lebih suka cara yg biasa namun kesan yg mendalam..cara biasa macam mana??rahsia..kekeke


awek tarzan namanya jane..
degil orangnya..suka ikut kepala sendiri dlm pape hal..xsuka org lambat tp dy lambat xpa..xsuka main nset dh n kalo org kol akn sedaya upaya xangkat..sedang sibuk menyiapkan li sebelum berangkat ke UK tahun depan..

makcik tarzan nama dia mak biahNOOR

nie la roomate ak..nama dy sama dgn ak cuma tambah wan di depan..ak suka panggil dia bik n dy suka panggil ak bik..ak suka panggil dy makcik n dy suka panggil ak makcik..still single but not available..dy ada satu tabiat yg ak sorang jer dapat tahan layan tabiat buruk dy walaupun ak ngeri..huh!


anak tarzan n mak tarzan

anak tarzan nie nama dia mama mia..opss!aina...org kelantan..mempunyai gigi yg sgt cantik..taring dy sape xleh lawan..kalo dulu ak xpakai brace mst ak menang...juga still single but not available...mummy ajar yg sebelah ni tunggu lagi 4 bulan nk meletup dan yg pasti kami semua akan bergelar auntie lepas ni..hoho..dua2 ni housemate ak...sgt kuat mkn mcm ak..pantang diajak ke kfc or mcd,kami yg sampai dulu..haha

20 January 2010

Panggilan Misteri

sebentar tadi menerima panggilan dari no yang tertera +60302..masa tue tgh syok buat keje sekolah tempek2 atas manila..sengaja malas nk angkat sbb takut membe cari atas urusan prog..saya sgt letih hari ini maka saya xsanggup menerima sebarang tugasan atau berita terbaru..bila pegang jer nset tgk no ni terus cpt angkat..mula2 terdetik juga si diakah??90% mustahil cepat2 padamkan ingatan dan membayangkan dol..akhirnya mmg dol..dulu saya sgt menantikan no sebegini dan akan cpt angkat..namun kini saya juga menanti no begini kerana hanya dol yang akan kol..dol,dlm kita bergelak ketawa,hanya hang yg mengetahui apa yg bersarang di hati temanmu ini..balikla tahun ni..kak z,ajak wan balik jg2..saya masih musykil siapakah yang menelefon saya beberapa hari yang lepas dgn terteranya 'witheld'..nak kata pihak bank,mmg xlogik!mungkinkah sy akn dipermainkan lgi??

17 January 2010

Bunga

pernah dengar lagu cinta yang selalu mengaitkan diri dengan memuja wanita??huh!very bored..saya sokong cakap pn.hapsah yg lagu melayu membosankan..dats y saya skrg lebih suka dgr lagu yg saya langsung xfhm lirik dari menghayati lagu cinta..kadang2 terkena atas batang idung sendiri..."sayang,abang petik bunga ini khas buatmu"(bagi izin laluan nk gelak noo)acttly baru lepas layan cite melayu utk ilang boring..time chapter ini saya dah sakit perut..baik tgk avatar walopun tertidur..keke..tgh bercinta ni sume manis..kentut pun wangi..saya sekadar ingin berkongsi kisah seorang kawan..hidupnya bertuah kerana semua insan mengambil tahu pergerakkan hidup..namun gara-gara dirinya yg tidak pandai dan tidak punyai mulut yg manis utk berbicara..dirinya sering dipersalahkan dalam hal yang berlaku..apa yg membuatkan saya tersentuh adalah manusia telah melabelkan dirinya itu meruntuhkan agama akibat perbuatannya..sedangkan teman saya itu tidak tahu apakah salahnya??pokok persoalan di sini,siapakah yg harus dipersalahkan??adakah kita sebagai manusia harus berterusan mempersalahkannya atau membantunnya sedangkan temannya itu sedang bergembira hidup dengan menganiyai temannya sendiri menggunakan hukum Allah sebagai alasan??selaras dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian..di samping kita sibuk mempertahankan hak penggunaan,muhasabah kembali diri kita sendiri sebagai umat Islam yang kini mengaku sebagai seorang Islam namun melaksanakan apa yang dilarang...hukuman dikenakan kepada semua orang bukannya orang tertentu...wallhua'lam

Bukit Tinggi

P1160484







Alhamdulillah...sudah sekian lama bercita-cita nak g dengan kengkawan maka hari nie berjaya juga sampai..mulanya selepas solat subuh masih lagi tgh decide..sayang tido ker nk g berjalan?ikutkan nk pilih tido sbb itulah nikmat yang tiada tandingannya..dh mlm stay up buat essemen kan??(sedikit unsur penipuan)skng dh final year dekat sini maka hargai peluang untuk bersama teman2 walopun teman tue adalah budak umah yang mgadap tiap2 hari..bdw,sape ada cdngn tajuk untuk sy menjalankan latihan ilmiah??fening fikir!tajuk ape yg nk dikaji utk li..

Bila tgk pic2 yg baru diambil,Ya Allah,chubbynya pipi saya..mcm mana erkk nk kecilkan pipi yang chubby..ouch!dah mcm beruang panda jer tgk pipi ni..dah tu,azam orang lain masuk 2010 ni mcm2..tp azam saya simple jer..saya nk kurus n kembali seperti dulu..berat dlm 50kg..agak2 dr rozmey nk amik saya x jadi salah satu dari peserta dy???nk masuk biggest loser dh tentu kena reject awal2 lagi..tlg la sesape rekemenkan..i'm really need it..acctlly dh submit satu essemen..tue yg berani berjalan walopun mmg selalu saya berjalan..minta maaf la kalo ada pembaca yg rasa sy tidak istiqamah dlm penggunaan bahasa saya dan aku..saya bukan jenis yg hipokrit..sometimes saya akn guna mengikut corak penceritaan..rasanya xperlu la minta izin sbb korang pun leh agak saya mcm mana.mcm bagus sgt kan??ilmu di dalam dada xtegha mana tp poyo ngaku prof....~kenapa saya guna prof??lect saya penah citer yg seorang kawan dy masa sek rendah dulu selalu letak nama di depan yang berhormat..bila dy tgk tiap2 hari maka itu menjadi satu sumber inspirasi utk dy jd yb dan skng dh jd menteri ape tah..lupa dah..mcm tue juga saya..saya pernah menulis di atas meja tulis saya UPSI 07 di dalam kelas masa belajar dulu..saya bukan seorang yang vandalisme taw...Alhamdulillah, Allah makbulkan..mungkin dengan meletakkan tittle prof itu sekarang akan mendorong saya untuk bergerak lebih jauh(da mcm iklan shell)kalo saya rasa apa yg dicerita ini langsung xde unsur ilmiah maka saya akan guna perkataan yg sesuai..harap semua dapat terima kelemahan saya...di samping ini sekali lagi saya nk menyakitkan hati si noor..cantikkan handbeg baru i??conform nnt masa ko nk g beli dh habis..style kasut pulak dh mcm mama dah..jgn gelak!(sape gelak jadi bmw.keke)taw takut...gasakla org nk ckp ape..yg penting,tulang belikat,urat dawai n saraf dlm bdn nie xsakit..padahal nk promote kasut crocodile baru..sbb hobi beli kasut kan...Teringat pulak dekat kawan baik saya dulu pun pernah menghadiahkan kasut alain delon..bukan satu tp dua sekaligus....majoriti remaja (remaja lg ker?)sebaya sy skrg dh mula pakai kasut mcm sy..ms sem 2 dulu sy lah org pertma yg pkai ksut gini ke kelas smpaikn ada org tny,fza leh ker pakai kasut gini?saya jawab,yg nk jln sy bukn guard..bila akta kasut upsi dikuat kuasa kn maka mkin byk kasut dlm keta yg harus di spare..last2,pkai blik yg comfort ni..~pegawai hep tlg amik tindakan dan pertimbangkan ttg akta kasut bagi yg kaki lemah mcm saya..sgt teruk untk berjalan dlm kampus even xsmp 50 tapak pun pijak tar kampus seminggu~

Ikhwah dan Akhawat sekalian,
Jika anda inginkan perkara-perkara atau perkongsian yang berunsurkan ilmiah,layari blog pendidikan saya..yg tue mmg saya fokus betul2..(sbb en aziz yg suruh buat blog dunia kaunseling,klo x,pkai yg ni jer kot) dis blog suka suki miyuki coret..Saya mmg xkan promote hotel,ipta,kereta,ayam,ikan or buku di sini..(asif jiddan!saya xlayak)Nak baca buku malaih yg amat...Kalo tanya makanan ape yg sodap,jenjalan mana dlm mesia yg best bolehla kalo nk jawab satu dua soalan...Kalo tanya mcm mn nk p UK,minta maaf..Ulu Kodiang n Ulu Klang lepas...Haa,tingat satu buku yang latest baru dibeli adalah bercinta sampai ke syurga tp xhabis baca sebab sekarang saya punya kisah cinta pun xkesampian..^__^

Namun berpegang kepada apa yg berlaku adalah ketentuan kerana Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya walaupun amat sakit semasa kita menghadapinya..Semestinya kita adalah manusia yang tabah..Trust urself!

Hadirin dan hadirat sekalian,
Penceritaan saya disini sebelum saya memejamkan mata adalah dengan satu harapan bertekad nk kurus..bagila petua2 ker idea2 yg bernas..kalo setakat nk ckp ade pakwe baru nk kurus saya rasa simpan jerla petua tue..saya mmg menyampah..setakat nk dapat awek kurus watpe??kurus pun nnt leh gemuk,apatah lagi gemuk..mesti leh kurus kan??(senang jer ckp padahal aku xkurus2 juga)Kalo itam mana leh putih dah..bek gemuk kepada kurus kan?(opss!dol)..maafla sebab sekali sekala saya terpaksa mengingatkan pembaca di luar sana tentang gelaran 'putih monggol'..ade aku kesah?^__^

p/s= besh giler pg td sbb dapat berbual dgn penangkap gambar handalan=photographer dari singapore masa dekat japannese park td..diorang mmg sporting habis..siap kasi pegang dslr dgn lens yang lebih mahal dari myv..pic dy dlm fb..jgn add kalo xkenal sebab takut dpt dosa kutuk saya yg xapprove..(maaf sgt2 sbb sy xnk mnyerabutkan fb dgn anasir2 luar..ape2 leave msj jer dl..InsyaAllah saya accept kalo kena gaya orangnya..saya bukan zalim n eksyen..sbb xpandai yg malu nk kogsi kisah hidup)

14 January 2010

Cerita M.Schumacher bersambung

maaf kepada pembaca2 di luar sana..tengah sedap2 menaip tetibe internet limited..mujur alen yang pemurah cepat2 dtg bila diroger gara2 tahun baru..so pasword kena reset baru...

...kita sambung cerita semalam...

parents mak ayah schumacher ni telah menghadiahkan sebiji motor..jenama honda (kal8851) setelah dia berebut dengan abangnya yang nama dia aku pun dah lupa..ini untuk memudahkan si schumacher ni untuk berulang alik ke kolej~(dia pun mcm student lain juga!perlu tuisyen)~..kolej schumacher nie terletak di amerika syarikat(alor setar)..maka schumacher menetap di rumah sewa bersama temannya yang bernama AWIE Alberto yang kini sedang mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam kerana serik asyik jatuh basikal..awie alberto mempunyai mini bike berwarna kuning bersamamu(gerek)..pada suatu hari, selepas schumacher pulang dari tuisyen add mate di kolejnya,schumacher lepak la di luar rumah sewa sambil mengenangkan nasib diri memikirkan apa yang akan terjadi pada dirinya 5 tahun akan datang..(nak jadi doktor,takut tgk darah,nak jadi fa,tinggi xcukup n hensem tu bleh tahanla ala fahrin ahmad..malah putih lagi dari fahrin jer..keke)


selang 5 minit awie tiba dengan mini bike kuning digi...schumacher yang sedang mengelamun mengingatkan kekasih hati yang tackle xdapat2 lagi ni disapa oleh seorang teman bernama atipondantua yang sedang bermain badminton pakai kain batik kerana ada perlawanan dengan juara badminton rohaya sidek...atipondantua nie terer pulak cakap kedah..ayat dia lebih kurang ginila pada schumacher setelah diterjemah menggunakan kamus oxford..."hang nak makan free x ptg ni?kalo nak makan free ak cabar hang naik gerek awie pakai helmet p kedai mamak mee goreng"schumacher ni tanpa membuang masa menyahut seruan lantas memakai helmet pendekar gaban dia dan amik gerek awie..memandangkan schumacher dan awie adalah sahabat baik,maka awie pun harus turut serta..awie dikehendaki menaiki gerek mini budaks pompuan dengan helmet dia sendiri..schumacher pun kayuhla gerek tue menghala ke kedai..jarak perjalanan dalm 7 minit gitula..namun schumacher terpaksa melalui surau,kedai n kawasan perumahan..namun keslumberan schumacher dilindungi bogo menyebabkan schumacher kuat n xtakut!orang ramai yang lalu lalang memandang sebelah mata pada mulanya namun akhirnya telah membeliakkan biji mata mereka(kagum betul ak tgk budak ni..berhati2 di jalan raya detik hati mereka)sesampainya di kedai mamak sebelah mall Taman Badlishah,mamak yg tengah goreng mee pun tersengih(muka budak nie jer yg selalu beli mee aku..xde orang lain ker?)namun,mamak sedikit mempamerkan gigi yang jauh lebih putih dari ghona mukanya..lantas dia tanya,adik takut jatuh basikal ker?baru belajar ker?dua orang budak laki yg tgh tunggu mee tue dah lama dah muka merah2 padam mcm kena ngorat bila tgk si schumacher n awie ni..(eleh,tahula jatuh hati pun)...schumacher jawab,("jaga keselamatan diri mamak!bahaya zaman sekarang ni..beg sirih pun sosah")..keke (dlm hati nie xpulak rasa malu )sesudah membeli belah di kedai mamak,schumacher n awie kayuhla gerek balik umah dengan kelajuan 10km 1jam..maka si atipondatua telah kerugian sebanyak 10 hinggit pada petang yang pada ketika itu dianggap bernilai kerana tersalah mencabar orang..maka sejak dari kejadian itu,schumacher telah membuat keputusan untuk memaki helmet semasa memandu kereta ferrari dia..ini semua gara-gara hafiza schumcher yang telah mencetuskan inspirasi buatnya..kawan2,jangan dianggap suatu perkara itu pelik kerana dari pelik itulah kapal terbang terjadi..keke..cerita di atas tiada kaitan dengan yang hidup atau mati namun ia berkaitan dengan diri saya sendiri kerana sayalah schumacher tersebut..michael schumacher sebenar tidak terlibat n mungkin tersedak sekarang kerana saya sibuk menyebut namanya..

13 January 2010

Kisah benar Michael Schumacher

ptg tadi aku terbaca satu artikel tentang michael schumacher..alkisahnya begini..sebelum dia bergelar juara f1 di atas litar,dia adalah seorang manusia biasa seperti kita semua..masa dia di sekolah kolej (sekolah menengah),parents dia telah menghadiahkan sebuah motor agar memudahkan dia untuk ke sekolah n tuisyen..




10 January 2010

Weekend

Lambakan tugasan mula memenuhi ruangan minda dan meja..maka tugas sebagai seorang pelajar kini semakin mencabar..cuti hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya qadha tido yang secukupnya..Semalam,aku ditemani seorang sahabat gara-gara teman serumah bermalam d UKM untuk mencari bahan tesis..Sepanjang 3 tahun,ini merupakan kali pertama aku berbual panjang dengannya. banyak perkara yang dikongsikan bersama terutama dari aspek tingkahlaku..tidak dapat dinafikan aku dengan sahabatku ini panas baran..namun setelah kami berkongsi, akhirnya ayat yang muncul dari bibir jika dulu mmg aku sukar mengawal kemarahan,kini aku sudah mampu mengawalnya..hakikatnya berkat dari ilmu yang ditimba..mungkin keberkatan dan restu ibu ayah dan guru..maka sedikit demi sedikit tingkah laku negatif makin berkurang..jika dulu aku seorang yang lemah dan kalah dengan dugaan hati, kini aku sudah mampu tersenyum memikirkan perjalan yang masih jauh yang harus kutempuhi..aku tahu ada yang membaca penceritaan aku ini..dan ingin aku katakan di sini,aku sudah membuang perasaan benci dan dendam di atas segala perbuatan yang dilakukan...(sbb orang dah xlarat la nk gaduh!dah pencen!)aku sudah mengetahui segala-galanya walaupun kamu cuba menyembunyikan dan menafikannya..hakikatnya,aku bukan baru mengenalimu..enam tahun bukan suatu tempoh masa yang singkat..(kalo kawin ,dah beranak satu taw)

07 January 2010

Live from Bilik Kuliah Pengurusan

kalo en Aziz tahu ni mati la saya..hehe..kt depan dy tgh tayang contoh2 video utk bnk sekolah..terasa mcm dlm kelas video edited or teknologi grafik plak..anyway,release sgt tension sbb terlalu letih berkejar ke sana sini..mungkin semua ini dugaan untuk menguji kekuatan kaki dan mental saya..pagi td kuliah 4p jam 10 smp 12..pastu bersambung dgn kuliah multicultural 12-1..disebabkan urusan tukar group kuliah gara-gara lect bersara maka kerenah birokrasi terpaksa dilalui...nama sy hanging!mmg giler la...esok last day utk add drop course..mana sempat nk settle sume rini..class saya full..nak ghabat fakulti,bhg akademik n mengadap ketua jabatan pendidikan..belum tentu dr 2 ada di bilik..owh!menitis air mata sebab kepenatan..entahla..air mata hampir menitis depan lecturer td..kan saya ckp pael sy pelik..mudah menangis..

namun saya bersyukur sbb di saat akhir urusan saya dipermudahkan...di dalam hati tidak putus-putus beristigfar dan berdoa moga mudahkan urusan...saya curi keluar dari kelas 4p menuju ke akademik pastu urusan xleh di proses..perlukan cop ketua jabatan pendidikan...g la bilik dr mohd noor..que gile pnya pnjg..bila dh jmpa dy nk surat n jadual kuliah..masalahnya sekarang,semua ini bukan salah saya...lecturer bersara adakah salah student yg add??seperti yg diarahkan saya harus tukar ke group E yg baru..system xleh proses..akademik pulak buat karenah birokrasi..jmpa dr mohd noor pun sm..mungkin dy silap fhm..ingatkan sy mcm bdk lain...3 kali naik turum opis beliau..korang tahu apa endingnya???ayat last saya pada dr mohd noor adalah dr, saya stay dgn group H..muka penat tp nada suara undercontrol...sempat berborak dgn dr mohd noor..beliau ceritakan masalah yg berlaku walaupun tiada kaitan dgn urusan saya..beliau pun mcm saya dh penat!meluahkan kepenatan kpd seorang pelajar..saya lega!punyala penat yang xdpt digambarkan last2 ayat tue mengakhiri urusan saya...group E dh penuh sgt..lebih dr kuota yg ditetapkan..bila kol lect group E dy ckp stay jer ngn group H tapi jadual ikut E...masa nk turun dr fakulti,saya terserempak dgn dr jazimin..Hah!file ros belum amik..salam diberikan pada dr jaz moga2 dy xkata pape ttg file saya..dh lama dh dlm bilik dy..tue yg takut tue..salam dijawab oleh dr n dr ckp owh kamu..aiseh!dr dh cam muka aku..matila!ingat ada pape kesalahan dh yg buat..mungkin dy ingat budak ni juara marathon 5 min lari dlm kampus nk antar file ros....sedangkan rekod upsi adalah 10 min paling laju...pastu saya direct to de point nk file ros..dr ckp file tue xleh kasi..mungkin file ak dijadikan contoh kot..kekek...dr minta sms dy nnt..kita tinggu ape dr nk cakap dgn file ros saya nnt yer........................

04 January 2010

Super Senior Saiya

Tidak dapat dinafikan lagi kini saya sudah termasuk dalam kategori insan ter'senior di sini..tapi..tapi..tapi..kalo ade yang tanya kamu tahun berapa dah tentu saya akan ckp saya tahun satu..xpun pura-pura dengan lagak sebagai lecturer..nak selamat dari pelbagai aspek..hehe..pinjam buku dekat library pun xlulus lagi..maklumla saya sangat rajin menapak ke library..bila ada keja sekolah yang saya sgt2 memerlukan rujukan baru saya menapak terkedek2 ke library..masuk bilik tesis,owh rasa berpinar otak den tgk tesis master..ada hati nk jadi prof tapi ngaji malaih yg amat!huhu...nape saya ckp isu senior..diam xdiam kini saya dalam fasa menyiapkan proposal n tesis..aduyai!sekejap jer masa berlalu..tempoh pengajian berbaki setahun lagi di sini..lepas ni nk jadi ape?keja jer ape yang buleh..PA ker FA ker..kekeke...cari mama mengamuk jadi FA..wawa..
bila dah jadi super senior ni,perangai dah xleh hodoh sgt!masuk kelas etika saya jadi tensen..bukan tensen sgt tapi gerun dgn lecturer..mak dato!tegas..dh nama kelas etika n saya pulak jenis yg suka juga buat pala maka berlakula konflik..esok kelas prof malik..nie lagi satu!rasa xnak masuk jer kelas dy...kalo buleh nk extend sem...hakikatnya perubahan demi perubahan kena buat!praktis yang mantap perlu dilakukan tiap hari...hakikatnya bukan senang nk jadi kaunselor nie...banyakkan praktis..betul la kata kak ummi,kaunselor ni kena ada pengalaman banyak bukan jalan banyak...hehe..exctually tgh buat keja sekolah multicultural..dop pahe nate gapo pun...esok kena ntar...bila xpahe mula la saya nk nangis...nape yer bila awal2 sem ni mood std xde...asyik nak nangis...tingat kt 'arwah' bak kata noor...sedangkan si arwah tue xde bg pape kebaikan pun..malah bagi tekanan lagi ada...Allah itu maha mengetahui hakikat sebaliknya...

sambungan

bila masuk class prof malik td,rasa happy jer..dh xtension dah..enjoy!maklumla isu perbincangan ttg kawin n cinta..sape tdo rugi ar!esok cuti so qadha la apa yg belum selesai...weeeeeeeeeeeee

02 January 2010

2009 yang penuh suka dan duka

Alhamdulillah dh masuk 2hb 2010..aku masih bernafas dan mampu tersenyum dengan nikmat yang Allah berikan walaupun hati ini penuh dengan kekusutan sbb baru bgn tido...hehe..mungkin itu nikmat dari Allah kerana kini aku memperolehi ketenangan yang jauh lebih baik berbanding dulu..hilang seorang insan,Allah gantikan ramai insan lain di luar sana untuk aku kenali dengan lebih mendalam..lama juga dh xupdate belog ni..balik kg jadi malas sgt2..ak masih ingat masa hari first smp kedah, esoknya hari2 berulang alik ke hospital menziarahi bapa saudara yang sakit..rasanya mcm baru aku bertemu dengannya ketika pulang masa std week dan dia baru dimasukkan ke hospital..masih mampu menegurku dan menyebut namaku..dan dalam tempoh sebulan shj ketika aku pergi menziarahinya,dy sudah tidak mampu berbicara..dan akhirnya dia kembali ke pangkuan ilahi 2 hari sebelum kita menyambut iduladha..kesedihan tidak berakhir begitu,pada iduladha yang kedua, sepupu papa pula kembali kerahmatullah..kesemuanya adalah insan2 yang paling rapat dgn keluargaku..

result final yg lepas pun sudah diperolehi dua hari sebelum aku pulang ke sini..Alhamdulillah!di saat org lain dah balik,aku masih maintain lagi kt uma..balik hari last bercuti..menjadi satu kelaziman nk balik belajar jer jadi malas+sedih!tue la cuti lama sgt..sehari sebelum balik, aku sempat menziarahi kak ummi sekeluarga..masuk2 ada dua si tecit!last aku jumpa juz ada sorang jer..nampaknya kini nina dah ada dua adeks..sayangnya xleh jumpa nina sbb nina balik melaka..alahai tomeinye hero kak umi..bila tnya nama ape,dy terus ckp muhammad syahirul fitri laa!dgn bunyi yg nk mkn orang..dy dh xsenang duduk dah..baby pulak dh tdo..paling best aku dpt mkn kek batik!almaklumla aku ni mmg hantu kek coklat..terutama choc mud..tgk2 kak ummi kasi mkn kek..uuuu besh!tgh borak2 'yui' pun dtg menambahkan korum..mula2 ok jer budak ni..pastu dy mula buat perangai..nk air kakak la,nk gelas kakak n mcm2..pengalaman baru aku, bdk ni mmg belajar dari tivi..power rangers meninggalkan kesan dlm diri yui sbb dy nk fire ibu..actually otromen sebenarnya..telinga ak nie kan kureng sket..lagipun uma xde bdk tecik jadi xfhm sgt bahasa budak2 nie...yui jadi marah sbb ibu nk tinggal dy..muka xyah cakapla..muncung 2 lapis..jalan smbil hentak kaki g depan konon hero laa dan dlm tempoh lima saat ja bunyi nyanyiaannya...
'uwwwwwwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa' lepas ibu pujuk barula yui ni diam..bila tanya yui nape buat perangai nie..'yui takut ibu tinggal yui,nnt ayah g keja' rupanya budak ni alert dgn apa yg ibunya cakap..ingatkan dy wat xendah jer masa ibu ngusik2 dy..last2 lepas bebai dgn ibu , yui pun buat something yang boleh menyejukkan hati mana2 insan bergelar wanita...'minta maaf ibu, minta maaf kakak!'a good lesson!bestnye tgk kak ummi didik anak dy cmtu...kekadang budak2 ni nk perhatian...bila org datang perangai dy sukar diramal..dah habis nangis barula dy nk mkn kek setelah disuap..hai yui!

tahun 2009 juga tahun dol balik!oit dol,tahun depan balik lagi..bleh la g putrajaya..ak dh terer dah jalan kl n selangor skng ni..bleh la merayap..